Cara Kemaskini Permohonan BR1M 2018 Online

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) merupakan pemberian daripada kerajaan Malaysia yang diperkenalkan bermula pada tahun 2012. Pemberian ini telah memberi manfaat kepada 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dari seluruh Malaysia.  Permohonan dan kemaskini BR1M untuk tahun 2018 boleh dibuat bermula 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017. Cara kemaskini permohonan BR1M 2018 Online boleh dirujuk di sini

Cara Kemaskini Permohonan BR1M 2018 Online

Permohonan BR1M 2018 boleh dibuat bermula 27 November 2017 ini sehingga 31 Disember 2017.

Kemaskini permohonan BR1M :

  1. Masukkan No kad pengenalan di sini.
  2. Masukkan jawapan untuk setiap soalan yang dikemukakan. Anda akan dibawa masuk ke halaman utama untuk membuat kemaskini dan memeriksa status permohonan.

Kemaskini yang perlu dibuat:

  1. Bahagian A merupakan maklumat pemohon. Pastikan anda memeriksa setiap butiran dalam maklumat diri anda. Jika anda ingin menukar maklumat bank, tukar nama dan nombor akaun bank anda.
  2. Bahagian B merupakan maklumat sendiri dan ahli keluarga. Sekiranya anda telah berkahwin, masukkan nama pasangan anda dan senarai tanggungan. Isikan juga bahagian waris sekiranya ada.
  3. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat diri anda, masukkan kod pengesahan dan klik setuju dengan syarat yang dikemukakan.

Kemaskini penting yang perlu dibuat :

  1. Pemohon hendaklah mengemaskini status perkahwinan.
  2. Pemohon hendaklah mengemaskini alamat surat menyurat dan alamat email terkini.
  3. Pemohon hendaklah mengemaskini maklumat bank.
  4. Pemohon hendaklah mengemaskini maklumat pasangan dan tanggungan.
  5. Pemohon hendaklah mengemaskini maklumat waris

Sebab gagal permohonan BR1M :

1. Maklumat tanggungan tidak betul.

2. Maklumat pasangan tidak dimasukkan bagi pemohon yang telah berkahwin.

3. Memohon lebih dari satu kali untuk pasangan suami isteri.

4. Tidak melaporkan maklumat pendapatan bagi pemohon yang bekerja sendiri mahupun yang makan gaji.

5. Pemohon yang menerima kad diskaun siswa tidak layak memohon BR1M.

6. Pemohon yang berada diluar negara samada bekerja ataupun belajar tidak layak mendapat BR1M

7. Tidak menegmaskini maklumat selama 3 tahun.

8. Tidak mengisi borang permohonan dengan lengkap seperti nama yang tidak sama dengan no kad pengenalan dan tidak memasukkan nama pasangan bagi mereka yang telah berkahwin.

Cara Kemaskini Permohonan BR1M 2018 Online

Kepada semua pemohon,diharapkan cara kemaskini permohonan br1m 2018 online ini membantu untuk mengemaskini permohonan. Semoga berjaya kepada semua pemohon.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *