Cara Kempiskan Perut

Cara Kempiskan Perut

 

Perut menonjol ke depan, buncit atau boroi bukanlah sesuatu yang di idam-idamkan terutamanya bagi kaum hawa kerana kita akan hilang keyakinan diri apabila melihat diri kita di hadapan cermin. Terdapat pelbagai cara kempiskan perut yang mudah dan anda boleh mencubanya sendiri.

 

Cepat atau lambat bergantung kepada usaha kita untuk mendapatkan bentuk ideal. Berikut merupakkan tips ataupun cara kempiskan perut.

 

  1. Tinggalkan makanan ringan.

 

Kita sepatutnya mengelak mengambil karbohidrat yang diproses, gula yang berlebihan dan makanan bergoreng. Ini kerana, makanan ringan dan makanan segera adalah sangat tidak baik untuk kesihatan. Selain mempunyai kurang khasiat, makanan ringan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil secara berlebihan.

 

 

  1. Pengambilan makanan yang betul.

 

Pengambilan makanan yang betul mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral. Pengambilan kuantiti makanan mengikut piramid makan dengan betul boleh membantu anda mengempiskan perut. Makanan seperti nasi lemak mempunyai karbohidrat yang tinggi. Anda boleh merujuk kuantiti makanan yang disarankan melalui hirarki piramid makanan.

 

  1. Kurangkan minuman manis.

 

Kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman. Slogan ini menunjukkan keburukan pengambilan minumanl manisan secara berlebihan. Minuman manis mengandungi banyak kalori dan ini akan merencatkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Pengambilan minuman manis secara berlebian juga akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi dan macam-macam lagi. Anda digalakkan untuk minum lebih banyak air kosong atau air mineral.

 

 

  1. Berhenti makan lewat malam.

Tabiat ini selalunya diamalkan oleh golongan pelajar dan lelaki bujang. Tabiat makan pada waktu malam selalunya akan diikuti dengan tidur setelah mereka selesai makan. Ketika kita tidur, lebihan gula akan ditukar kepada lemak kerana badan kita tidak mengunakan banyak tenaga disebabkan kurangnya aktiviti ketika waktu tidur. Oleh sebab itu, lemak tidak dapat dibakar dan akan berkumpul dalam badan kita.

 

  1. Lakukan senaman

 

Dengan melakukan senaman, badan dapat membakar lemak dengan lebih efektif. Senaman juga akan meningkatkan metabolisme badan kita. Jika proses pembakaran lemak dalam badan anda efektif, lemak dalam badan tidak terkumpul dan perut anda tidak akan buncit atau menonjol ke hadapan. Contoh senaman yang mudah adalah jogging, berenang dan zumba.

 

 

Semoga tips atau cara kempiskan perut ini dapat memberi panduan kepada anda untuk memiliki bentuk badan yang di idamkan. Semoga berjaya dan jangan hangat-hangat tahi ayam J

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *