Cara Mengambil hati Lelaki

Cara Mengambil hati Lelaki

 

Sebenarnya, lelaki juga seperti wanita ingin disayangi serta diambil berat. Sebagai wanita, anda sepatutnya perlu mengambil tahui cara mengambil hati lelaki agar mereka rasa lebih dihargai. Lelaki juga sebenarnya sensitif, mudah terluka serta mudah terasa. Namun begitu, insan yang bernama lelaki ini selalu menyembunyikan sifat-sifat lemah mereka kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi.

Berikut merupakan beberapa tips untuk wanita bagi mengambil hati lelaki atau suami mereka.

 

#1           Memberi  dia masa untuk diri sendiri.

Kebanyakkan lelaki ingin masa mereka sendiri untuk melakukan aktiviti yang mereka suka seperti melepak, bersukan, keluar dengan kawan hingga larut malam. Aktiviti seperti ini tidak membuat mereka curang namun memerlukan sedikit pengawasan (update dari watsapp pn OK) daripada wanita.

 

#2           Biarkan dia membuat keputusan.

Walaupun lelaki kerap mengatakan masalah mereka kepada wanita, sebenarnya mereka cuma rasa ingin diambil berat atau memerlukan teman mendengar masalah. Ketika membuat keputusan, peranan wanita ialah memberi sebanyak mungkin pendapat atau jalan penyelesaian. Ini kerana, kebanyakan masalah yang mereka lalui sudah mempunyai keputusan namun memerlukan pendapat dari anda (wanita). Hormatilah keputusan yang sudah dibuat dan tegurlah secara baik jika mereka salah.

 

#3           Belajar untuk memahami lelaki.

Kebanyakan lelaki inginkan perempuan yang matang. Ini disebabkan, wanita yang matang lebih memahami lelaki. Sifat ini yang membuatkan si lelaki cepat cair. Berbanding wanita yang bersifat keanak-anakan, kemungkinan pergaduhan antara tercetus amat tinggi kerana masing-masing dengan egonya sendiri. Oleh itu, wanita perlu memahami kehendak lelaki.

 

#4           Pendengar yang setia.

Mendengar perkara remeh temeh daripada lelaki memang membosankan. Mendengar ulasan mengenai kereta, bolasepak, pasukan bola sepak Malaysia, pasukan Manchester United pasti membuat para wanita muak. Namun begitu, percayalah, lelaki akan lebih sayang akan anda jika anda mendengar semua keluhan mereka.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *