Cara Mudah Print Sijil – Lepas Ni Boleh Dah Buat Sendiri Kat Rumah

Bagi sesiapa yang menjadi tukang susun atur mana-mana majlis, pasti anda tidak akan lupa untuk sertakan sekali sijil penyertaan atau sijil penghargaan.

Kalau nak hantar kedai, dah la kena tunggu giliran, lepas tu kalau dapat macam yang kita nak takpa juga.

Lepas ni, jangan risau. Artikel kali ini akan membongkarkan cara mudah untuk print sijil dengan menggunakan teknik mail merge sahaja.

Kelebihan teknik mail merge ni, korang boleh print sijil secara pukal. Maksudnya, tak perlulah anda nak copy paste satu persatu butiran orang. Kalau 10 orang ok lagi, ni kalau peserta sampai 50, tak ke sakit juga?

Cara Mudah Print Sijil – Lepas Ni Boleh Dah Buat Sendiri Kat Rumah

 

1. Buka sijil dalam word.

 

2. Buka excel. Copy siap2 nama & ic. Save. Font & saiz tulisan tu tak tukar tak pe tapi kena setting tulisan yang kita nak kat word.

 

3. Pegi balik dekat word sijil tu tadi. Pilih:
-“MAILINGS”,
-“START MAIL MERGE”,
-Click “STEP-BY-STEP MAIL MERGE WIZARD”
-Pilih “LETTERS”
-Click “NEXT: STARTING DOCUMENT”.

 

4. Pilih “USE THE CURRENT DOCUMENT”
-Click “NEXT: SELECT RECIPIENTS”.

 

5. Pilih “USE AN EXISTING LIST”.
-Tekan “BROWSE”.
-Pilih Senarai Nama yang nak print tadi.
-Click “OPEN”.

 

6. Pilih “SHEET” nama tadi.
-Click “OK”.

 

7. Akan keluar macam ni. Click “OK”.

 

8. Click “NEXT: WRITE YOUR LETTER”.

 

9. Select tempat NAMA kat sijil.
-Click “MORE ITEMS”.
-Pilih NAMA.
-Click “INSERT”.
-Tekan “CLOSE’.

 

10. Ulang macam tadi juga untuk tempat no. kad pengenalan.

 

11. Click “NEXT: PREVIEW YOUR LETTERS”.

 

12. Click “NEXT: COMPLETE THE MERGE”.

 

13. Okey. Dah boleh tekan “PRINT”.
Nanti akan keluar macam ni. Boleh la nak print semua atau separuh2. Kalau banyak tu buat la separuh2. Takut jem plak printer nanti?.

Kalau rasa was2 try la di kertas biasa dulu. Hehe. Selamat mencuba ?

 

Sumber: Izzati Hamid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *