Cara Nak Simpan Duit Bagi Orang Yang Malas Nak Menyimpang Duit…

Perkongsian cara simpan duit yang paling baik bagi orang yang susah nak simpan duit. Mari kita baca pengalaman lelaki ini.

sebelum aku mulakan cerita tentang cara simpan duit ini, biar aku terangkan kenapa perlu simpan duit. Sebab dalam istilah pelaburan, orang yang menyimpan duit ini dianggap sebagai loser. Sebab tu mungkin ramai orang susah menyimpan duit walau hanya RM100.

Tujuan menyimpan bagi pendapat aku sendiri adalah untuk :
Sebagai tabung kecemasan, kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku dikemudian hari. Bayar kos perubatan korang walaupun korang dah ambil medical kad. Kenapa kena bayar lagi? Cuba tanya ageent korang. Medical kad korang tu Ko-takaful ataupun tidak. Kos baiki kereta rosak atau nak hantar anak pergi klinik sebab demam etc. Simpan sebab nak pergi haji atau nak berjalan-jalan bawa keluarga. Buat modal beli hartanah, beli kereta dan macam-macam lagi sebenarnya, bergantung kepada keperluan individu.

Ok, ini cara aku menyimpan duit. Ini adalah cara yang mudah bagi oprang yang malas gila nak menyimpan.

Tabung syiling ini aku amalkan sejak dari belajar dulu, cuma yela waktu belajar simpan-ambil, simpan-ambil.. tapi atlest ada juga kau simpan kan, daripada tiada. Yang penting semangat mesti ada. Sekarang bila dah mula kerja, memang ada simpan syiling ni. Balik kerja poket ada syiling mesti masuk tabung. Bila pergi kedai mesti orang jaga cashier tanya.

“..dik ada 20sen tak..?”

Macam biasa jawapan aku…”takdala bang..”

Padahal syiling aku semua dah masuk tabung, memang aku tak akan bawa syiling untuk bayar walau cuma 20 sen kat kedai. Aku rasa syiling ini dah batch ke-20 kot aku tukar dengan kedai. Bila dah tukar tu, masukkan dalam tabung Haji, topup simpanan. Rasa macam…lambatnya nak capai sejuta dalam tabung Haji ni… Hahahahaha

Ni salah satu amalan aku. balik kerja masukkan sekurang-sekurangnya RM1 dalam tabung. Apa tujuan masukkan RM1 ni, sekadar suka-suka. Atlest aku dapat buat secara konsisten. Bukan banyak pun, sebulan dapatla dalam RM20. Jadilah daripada takda. Sebenarnya sikap menyimpan ni bukanlah apa, cuma nak didik diri agar buat secara istiqamah. Macam mana nak simpan banyak kalau sikit pun tak boleh?

Note RM5 aku dah amalkandari awal tahun, ini batch ke 2. Batch pertama aku dah simpan. Batch pertama takda juga la banyak, dalam RM500. Jenuh juga nak mengira sebab kertas hijau ni licin. Tapi puas hati dapat buat. Bila petang buka dompet, nampak kertas hijau, keluarkan je masuk tabung.

Amalkan… kalau tidak, hanyut…

Nak buat apa je perkara baik sebenarnya satu je, kena amalkan, konsisten…buat terus dan terus, jangan stop, kalau nak berjaya, Faham?

Selain cara pegang cash kat atas, ada juga 2 cara lain yang guna duit juga, tapi tak nampak la duitnya, terus menerus simpan.

Buat potongan gaji korang masuk dalam ASB, Tabung haji atau Unit Amanh. Cuma pilihan aku dua je, Tabung Haji dan Unit Amanah.

Tabung Haji ni kena buat potongan gaji juga. Unit Amanah buat auto debit tolak dari akaun bank. Bukan banyak RM100/sebulan je pun.

Sumber: Himpunan Cerita Lawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *