Cara Pasang Lampu ‘Hazard’ Pada Motosikal. Penting Ketika Darurat

Lampu hazard berfungsi untuk menyatakan bahawa anda dalam keadaan bahaya/darurat. Penggunaanya untuk suka-suka amatlah tidak digalakkan. Lampu hazard pada kereta sedia terpasang namun untuk motosikal, anda perlu memasangnya sendiri. Berikut merupakan perkongsian daripada blog Saffuan Jaffar berkaitan pemasangannya :

Cara memasang Hazard Light Pada Motorsikal

Atas permintaan ramai saya tunjukkan cara untuk memasang harzard light atau biasanya orang panggil double signal. Sebelum tu saya tak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakkan semasa anda mencuba, tak salah membaca untuk dapatkan maklumat dan lebih elok refer pada mereka yang berpengalaman. Saya pun cuba-cuba sendiri alhamdulillah menjadi.
Gambar kat bawah ni, skematik untuk pemasangan harzard light atau double signal. Bahagian yang perlu kita sediakan yang saya lukis dengan warna merah dan antara bahan yang diperlukan ialah :
1) Relay Tambahan ( Beli di kedai motorsikal, relay signal ) x 1
2) Suis ON – OFF x 1
3) Diod 5408 ( Beli di kedai elektronik ) x 2
4) Wayar kira-kira 2 meter
Skematik Untuk pemasangan Hazard light atau lampu double signal pada motorsikal
Cara nak buka coverset bagi LC135 boleh rujuk video yang saya buat. Tapi ada beberapa part tu tak perlu buat pun tak pe, tak sempat nak buat video baru :). Benda-benda penting yang nak kena ingat semasa pasang ialah sambungan wayar yang ada suis on off pada kaki relay signal motor, kalau silap boleh terbakar fius motor. Pastikan sambungan betul, dan wayar yang ada suis on off juga disambungkan kepada kaki relay signal tambahan ingat sambungkan pada kaki L
Bila nak sambungkan wayar yang ada suis pada relay tambahan sila cek betul-betul, mesti sambungkan pada kaki L, ada ditulis siap-siap pada relay. Kalau silap pasang, lampu hazard atau double signal tak akan berkelip.
Sambungan
Kalau nak lebih jelas klik kat gambar, sori la gambar jadi terbalik kuang, aku dah rotate tapi tak menjadi. \
Untuk Video :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *