Cara Sempoi Periksa ‘Main Switch’ Rumah Anda. Penting Untuk Elakkan ‘Litar Pintas’!

Pada masa kini, penggunaan elektrik tidak dapat dipisahkan daripada sisi kehiudupan kita. Tenaga elektrik banyak membantu kita untuk memudahkan kerja-kerja yang berat seperti menghidupkan mesin, memasak nasi dan sebagainya. Namun, tahukah anda apa itu ELCB/ Short circuit/ Main Switch  dan komponen elektrik yang terdapat dalam rumah anda?

Berikut merupakan perkongsian daripada FAFIQ Electrical Services

Buat pengetahuan semua, untuk mengelakkan kejadian litar pintas,ELCB yang berada dikotak suis utama (yang bila kilat kuat dia jatuh,pastu kita tolak naik semula keatas tu),benda itu adalah sangat penting untuk kita yang berada dirumah memeriksa sebulan sekali.
.
Caranya ialah dgn menekan butang ‘push to trip’ disebelah punat automatik tersebut. Jika setelah ditekan butang ‘push to trip’ automatiknya jatuh bermakna ELCB anda dlm keadaan baik tetapi jika anda tekan ‘push to trip’ dan ELCB anda tidak jatuh,maka cepatlah menghubungi wireman untuk menukar yang baru.
.
Rumah anda dlm keadaan bahaya dan risiko kebakaran boleh berlaku. Peringatan bila tekan butang ‘push to trip’ rumah anda akan black out kerana bekalan elektrik telah diputuskan,jangan bimbang just tolak semula ke keatas dan bekalan elektrik anda akan kembali kepada sediakala.
.
ELCB- Earth Leakage Circuit Breaker
.
Kredit: FAFIQ Electrical Service

Share!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *