Cara Untuk Atasi Dan Kurangkan Sakit Leher ketika bangun Tidur…

Tentu ramai di antara kita yang pernah mengalami masalah sakit tengkuk ataupun leher, dan ramai juga diantara kita yang tidak tahu cara untuk meredakan atau mengurangkan kesakitan tersebut.

 

Mudah-mudahan perkongsian kali ini bermanfaat dan anda yang sakit tengkuk atau sakit leher, jangan lupa cuba tips ini dan jangan lua untuk share kepada yang lain agar kita dapat bersama mengurangkan masalah ini.

 

1. Tuam Tengkuk/Leher

 

Jika leher terkehela taupun terseliuh  akibat salah tidur, lakukan dua cara bertuam ini. Mula-mula tuam dengan air suam (guna tuala pun boleh, lepastu perahkan sedikit) di sekitar tengkuk atau leher yang sakit.

 

Setelah itu, tuam lagi dengan menggunakan tuala yang sudah direndam dengan ais . Cara ini dilakukan untuk menyihatkan otot yang tegang supaya menjadi baik  semula.

 

2. Tepuk-Tepuk Bantal

 

Ramai yang kata, sakit leher selepas bangun tidur itu akibat bantal tidak sekata. Lakukan cara ini sebelum tidur iaitu cuba ‘ tepuk-tepuk dan pusing-pusingkan bantal tersebut supaya isi-isi bantal tersebut sekata. Harap dengan melakukan cara ini , sakit leher selepas bangun dapat diatasi.

 

3. Urut Lembut

 

Untuk melegakan otot-otot  tengkuk atau leher yang sakit ketika menoleh atau timbul rasa perit atau tegang, cuba urut-urut lembut di sekitar leher. Cara sebegini berguna untuk melegakan otot-otot saraf pada leher., Dengan cara ini kesakitan pada leher dapat berkurang dan berunsur untuk pilih semula seperti asal.

 

4. Lakukan Peregangan Ringan

 

Cuba lalukan peregangan ringan dengan duduk tegak dengan kepala lurus. Kemudian, perlahan-lahan, tunduk kepala ke bawah. Kemudian kembali ke posisi tegak, pusing ke belakang dan lakukan perkara yang sama ke arah kiri dan kanan.

 

5. Jemur Bantal

 

 

Tips sakit tengkuk yang terakhir ini adalah tips turun-menurun dari[ada orang terdahulu. Caranya ialah cuba jemur bantal. Tekstur bantal setelah dijemur akan menjadi lebih empuk dan selesa untuk digunakan. Tidur pun akan jadi lebih sihat. Cara ini juga adalah agar dapat mengatasi..

 

Semoga salah satu daripada cara ini dapat membantu anda mengatasi dan mengurangkan masalah sakit tengkuk atau leher akibat salah tidur ini. Insya-Allah….

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *