Cara Untuk Membuat Kek Batik

Setiap orang tidak kiralah lelaki mahupun perempuan, mesti mempunyai minat untuk membuat kuih-muih dan kek. Lebih-lebih lagi jika individu tersebut memang menjadikan aktiviti tersebut sebagai hobi, pastinya setiap hari dia akan mencari resepi baru dan akan berusaha untuk membuatnya. Untuk artikel kali ini, admin akan berkongsi mengenai cara untuk membuat kek batik.

Cara Untuk Membuat Kek Batik

kek-batik

 

Bahan-Bahan Penyediaan

  • 1/4 kg biskut Marie (selalunya orang akan gunakan biskut jenama ni, tapi terpulang pada masing-masing)
  • sebuku mentega (Buttercup)
  • serbuk tepung Milo 1 mangkuk saiz sederhana
  • 1/2 tin susu pekat manis (ikut citarasa kemanisan masing-masing)
  • 2 biji telur
  • tray aluminium

 

Cara Membuatnya

  1. Patahkan biskut Marie kepada 1/2 bahagian atau 1/4 bahagian.
  2. Sapukan mentega dalam 1 sudu teh pada dasar tray aluminium.
  3. Cairkan mentega di dalam periuk.
  4. Setelah mentega cair sepenuhnya, masukkan susu pekat ke dalam kuali. Gaulkan bersama dengan mentega yang telah cair sehingga sebati. Jika kurang manis, boleh tambah lagi susu pekat tersebut mengikut kesesuaian anda.
  5. Tambahkan serbuk milo tersebut dan gaul dengan menggunakan kadar api yang sederhana.
  6. Tambahkan telur 2 biji tersebut sekaligus dan kacau sehingga sebati. Setelah itu matikan api.
  7. Masukkan biskut Marie tadi yang telah siap dipatah ke dalam periuk tersebut. Gaulkan secara perlahan-lahan dan ratakan coklat ke seluruh biskut sehingga meliputi seluruh bahagian biskut.
  8. Ambil tray aluminium yang telah disapu mentega tadi.
  9. Tuang sedikit demi sedikit bancuhan biskut dan serbuk milo tadi, sambil menekan bancuhan biskut rapat ke dasar tray. Ulang langkah ini sehingga bancuhan biskut habis dituang ke dalam tray. Tekan bancuhan biskut dengan sudu dan ratakan sehingga padat dan menutupi rongga tray tersebut.
  10. Setelah selesai proses tersebut, sejukkan kek batik tersebut sekurang-kurangnya 4 jam untuk mendapatkan tekstur kek yang ideal.
  11. Selepas 4 jam, koyakkan tray aluminium tersebut. Kini kek batik boleh dihidangkan dan dijamah.

 

Sekian sahaja perkongsian mengenai cara untuk membuat kek batik yang ringkas dan sedap. Semoga artikel ini dapat memberi inspirasi kepada para pembaca untuk membuat kek batik mengikut kreativiti masing-masing. Selamat mencuba 😉

 

KLIK SINI UNTUK RESEPI NASI AYAM YANG MUDAH

1 Trackbacks & Pingbacks

  1. Petua Hilangkan Batuk Dengan Berkesan - Malaysia Sentral

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*