Cepat Penat? Selalu Kulit Rasa Gatal? Ini Tandanya Buah Pinggang Anda Telah Rosak!

Tahukah anda? Buah pinggang merupakan salah satu orang yang paling penting dalam badan. Walaupun kita masih boleh hidup tanpa buah pinggang, namun banyak fungsi buah pinggang yang perlu dikekalkan bagi membolehkan kita dapat menjalani kehidupan dengan sihat dan normal.

Salah satu fungsi terpenting buah pinggang kita adalah menjadi agen penapis semulajadi bahan buangan dalam darah.

Artikel kali ini akan berkongsi sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan, maka buah pinggang anda berada dalam keadaan bahaya!

1. Sentiasa berada dalam keadaan letih

Penyusutan fungsi buah pinggang yang teruk menyebabkan toksin dan bendasing dalam darah anda bertambah. Situasi ini akan membuatkan anda berasa letih dan lemah, serta sukar untuk fokus. Anemia juga adalah satu komplikasi buah pinggang yang menyebabkan keletihan dan kelesuan.

2. Kulit sentiasa kering dan gatal sehingga terkupas

Antara fungsi-fungsi penting buah pinggang adalah menyahkan buangan dan air berlebihan dalam badan, membantu menghasilkan sel darah merah, membantu mengekalkan kekuatan tulang dan mengekalkan mineral dalam darah. Namun, jika kulit anda menjadi kering dan gatal, ia mungkin disebabkan oleh buah pinggang anda yang tidak melakukan kerjan mengimbangi mineral dan nutrien dalam darah dengan baik.

3. Kencing mengeluarkan buih

Jika kencing anda berbuih dan memerlukan anda untuk flush beberapa kali, ia menandakan anda mungkin mempunyai penyakit buah pinggang. Buih-buih menandakan ada kehadiran protein yang “bocor” ke dalam air kencing anda, yang mana tidak sepatutnya berlaku.

4. Masalah sukar untuk tidur

Toksin yang sepatutnya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal di dalam darah sekiranya buah pinggang anda tidak melakukan proses penapisan dengan baik. Toksin ini akan menjadi penyebab anda sukar untuk tidur. Sleep apnea (masalah tidur) lebih biasa berlaku kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang yang kronik berbanding mereka yang sihat.

5. Selalu mengalami kekejangan otot

Buah pinggang yang rosak boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, termasuklah tahap kalsium yang rendah dan fosforus yang tidak dikawal dengan baik, seterusnya menyebabkan otot menjadi kejang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *