Cermin Kereta Pecah Akibat Terkena Batu Melantun Ketika Pekerja Sedang Memotong Rumput? Perkongsian Ini Akan Memberi Panduan Tentang Bagaimana Mengatasi Masalah Tersebut

Cuba anda bayangkan, dalam seronok memandu kereta untuk menuju ke suatu tempat, tiba-tiba di tepi jalan tu adalah pekerja yang sedang memotong rumput menggunakan mesin rumput.

Namun, malang tidak berbau. Tiba-tiba batu tersebut melantun semasa pekerja tersebut sedang sibuk memotong rumput dan terkena cermin kereta anda sehingga menyebabkan pecah.

Apakah reaksi anda masa tu?

Jangan marah. Setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya dan sebaik-baik jalan penyelesaian itu adalah yang tidak menggunakan kekerasan.

Ikuti tips ini supaya anda dapat bersedia untuk keadaan sedemikian sekiranya berlaku pada masa akan datang.

1. Jangan panik. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan brader mesin rumput tu. Dapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor brader yang membuat kerja mesin rumput itu.

2. Tahukah anda setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans? Ini kerana pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin masuk tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.

3. Sebelum kerja pemotongan rumput boleh dijalankan, pihak syarikat hendaklah mengemukakan cover note insurans mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.

4. Setelah dapat nama syarikat, semak dengan pihak syarikat siapa bengkel kereta panel insurans syarikat terbabit? Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam dan setelah selesai, bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans syarikat tersebut untuk mendapatkan cermin baru.

5. Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian, dan nama jalan serta kawasan di mana kejadian berlaku.

Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang.

#JumpaKatMahkamah #SeeYouinCourtSayang www.wasap.my/601129464868

Sumber: Jumpa Kat Mahkamah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *