Da’i Hakim Muncul Sebagai Juara Raih Rm50,000 dan Pakej Umrah Untuk 2 Orang.

Walaupun hadiah kemenangan tidaklah sejumlah yang besar seperti rancangan maharajalawak, namun kemenangan bagi seorang da’i bukanlah hanya untuk mengejar satu kemenangan yang dipertandingkan, tapi untuk memperluaskan lagi ilmu agama dan belajar sesuatu yang belum lagi dilalui.

 

Semalam telah berakhirnya bagi pentas program Da’i Pendakwah Nusantara musim kelima di pentas akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

 

Da’i Hakim Muncul Sebagai Juara

 

Kemenangan Hakim atau nama sebenarnya Muhammad Luqman Hakim Othman, 22, membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 serta trofi dan pakej umrah untuk dua orang.

 

Dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Da’i Afiqah (Nur Afiqah Mahmud) dan Da’i Fahmi (Muhammad Fahmi Zulkifly) di tempat kedua dan ketiga.

Kedua-duanya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi di samping pakej Pelayaran Penyucian Jiwa.

 

Da’i Aiman yang mengakhiri perjalanannya ke peringkat separuh akhir pada minggu sebelumnya dipilih sebagai Da’i Pilihan Almas dan berjaya membawa pulang pakej Pelayaran Penyucian Jiwa.

 

Da’i Pendakwah Nusantara musim ini masih mengekalkan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid, manakala Murabbi pula terdiri daripada Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah.

 

Juri tetap pentas akhir terdiri daripada Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail.

 

Sistem penjurian masih mengekalkan konsep sama iaitu 70 peratus daripada juri tetap, 20 peratus daripada Murabbi dan 10 peratus lagi daripada juri awam.

 

Program ini dihoskan Datuk Rosyam Nor bersama Zainal Ariffin Ismail.

 

Da’i musim kelima ini dibawakan secara eksklusif oleh produk Almas Beauty & Health Sdn Bhd selaku penaja utama dan Siti Khadijah selaku penaja bersama.

 

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "Da’i Hakim Muncul Sebagai Juara Raih Rm50,000 dan Pakej Umrah Untuk 2 Orang."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*