Dari Pub Wanita Ini Dibawa Lelaki Ke Tanah Perkuburan. Ini Yang Dilakukan Oleh Lelaki Tersebut!

Bermula kisah kehidupan seorang wanita kampung yang inginkan kesenangan dunia sehinggakan akhirat dilupakan dan ditinggalkan.

 

Hujung minggu adalah hari yang dinantikan setiap remaja yang suka bersosial dan hujung minggu dikatakan adalah hari untuk remaja. Rata-rata remaja akan keluar dengan member-member mereka untuk meraihkan hari hujung minggu.

 

Saya Zila bukan nama sebenar, ini adalah kisah kehidupan ketika aku dalam usia remaja. Alangkah indahnya jika dapat terus hidup di zaman kanak-kanak daripada hidup di alam remaja yang penuh dengan Dosa dan masalah dunia.

 

Selapas kematian ayah, hidup kami sekeluarga amat susah, waktu itu aku dan adik tidak lagi mempunyai perkejaan dan hanya bergantung dengan duit simpanan ibu.  Ketika umur 18 tahun aku telah lari dari rumah untuk mencari perkerjaan di bandar untuk membantu kehidupan ibu dan adik yang berada di kampung.

 

Niat dihati membantu ibu dan adik, namun lain jadinya ketika aku mula hidup dibandar.

 

Pertama kali sampai di bandar memang susah nak cari tempat tinggal apatah lagi mencari kerja, maklumlah orang kampung. Bila sudah lama disana pelbagai pekerjaan yang aku masuk sehinggakan aku berkerja di sebuah pub yang mana gajinya sudah cukup lumayan bagi aku.

 

Setiap hujung minggu aku dan rakan yang lain akan keluar untuk bergembira, ada yang lelaki dan ada juga perempuan. Setiap kali keluar tak sah kalau tak minum arak, kononnya untuk menghilangkan stress. Setiap hujung minggu juga aku mesti balik subuh dan tak pernah balik awal ke rumah.

 

Hampir 10 tahun hidup di bandar tanpa balik ke kampung dan ini juga membuatkan aku lupa akan siapa aku sebenarnya dan tanggungjawab ku terhadap ibu ku. Setiap hujung tahun aku akan terasa sedih teringatkan ibu di kampung ” siapa yang tak sayang ibu, (bisik dalam hati ) sampai mengalirkan air mata “. Tapi aku malu untuk berjumpa dengan ibu buat masa sekarang dengan diri yang penuh dosa ini lagi, InsyaAllah aku akan jumpa ibu (bisik dalam hati )

 

Suatu hari, Aku telah berkenalan dan telah jatuh hati dengan seorang lelaki yang begitu hensem dan sangat baik terhadap aku. Lelaki ini selalu pergi ke tempat pekerjaan ku dan sanggup menghantarkan aku balik ke rumah. Dalam hati ” apakah ini dikatakan cinta ” sinaran yang akan menerangi ku.

 

Malam itu…

Ditempat kerja, aku telah di ajak keluar oleh lelaki yang aku kenali itu. Aku sangat gembira sehinggakan aku turut saja mengikuti kemana ia pergi. Aku sempat bertanya dengan dia, ” kenapa mengajak aku untuk keluar sedangkan kau tidak mengenali aku lagi “. ” Rasanya aku dah cukup lama mengenali mu” kata lelaki itu kepada ku.

 

Dalam perjalanan, aku telah terlelap dan menyedarinya apabila kereta berhenti. Cahaya matahari terus memancar ke arah aku, lama juga aku tertidur dalam kereta tu. Aku melihat sekeliling tempat dan setahu aku tempat tu belum pernah lagi aku datangi.

 

Aku terus ditarik keluar dari dalam kereta oleh lelaki itu dan di bawah kesatu tempat iaitu tanah perkuburan. Aku bertanya dengan dia kenapa bawah saya ke sini, apa tujuan encik sebenarnya ni.

 

Lelaki itu tiba-tiba menangis dan berkata ” Aku sebenarnya adikmu yang kau tinggalkan hampir 10 tahun dan di depan kita ini adalah kubur ibu yang telah meninggal setahun yang lepas. Lama adik cari kakak dan selepas kematian ibu barulah adik dapat cari kakak. Kak berubahlah kak, adik tak nak kakak begini. ”

 

Seakan pernafasan berhenti seketika apabila mendapat tahu lelaki itu adalah adik aku dan kubur di depan itu adalah kubur ibu..

Air mata terus mengalir di depan kubur ibu, berdosanya aku Ya Allah….

Ampunkan anakmu yang berdosa ini ibu.. Ampunkan ibu.. Ampukan ibu…. Air mata terus mengalir tanpa berhenti dan nafas terus tersekat sekat.

Ya Allah ampunkan hamba mu ini Ya Allah…

 

Benarlah ” Langit itu tak selalu cerah “… Aku merasakan hidup aku tak bermakna lagi dengan apa yang telah aku lakukan selama ini. Hanya mampu berdoa dan kembali ke jalan Nya.

 

 

Peringatan…

Ingatlah orang selalu disamping ketika kita susah dan sentiasa menyayangi serta mendoakan kebaikan kita, adalah ibu kita. ¬†Ingatlah ” Syurga itu di bawah telapak kaki ibu “. Jangan sesekali menderhaka kepada kedua ibubapa kita, kerana orang yang derhaka terhadap kedua orang tuanya itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan tercium haruman wangian syurga. Sama-sama lah kita ubah kehidupan kita. Jangan terlalu kejar dunia sehinggakan akhirat itu dilupakan. Perbanyakkanlah berdoa agar kita dijauhkan dari sikap-sikap begini. Amin Ya Rabbal alamin..

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *