Dato Seri Vida Berlaku Jujur Di Mahkahmah Dan Dikenakan Hukuman

Akhirnya Dato Seri Vida berlaku jujur di hadapan Mahkahmah dan dikenakan hukuman atas kesalahan yang telah beliau lakukan. Berita sedih ini juga telah membuat peminat DSV berasa sangat sedih dan terkejut dengan kenyataan ini.

 

Kesalahan yang telah dilakukakan adalah disebabkan telah menyiarkan Iklan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat, Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman didenda sebanyak RM4,800 oleh Mahkahmah Majistret Petaling Jaya selepas mengaku bersalah atas kelakuan yang telah dibuat. Dalam Prosiding terbabit, Datuk Seri Vida Menjawab dengan ringkas, bagi memudahkan semua pihak, beliau mengaku bersalah.

 

” Bagi memudahkan semua pihak, saya mengaku bersalah. Saya tidak dapat mengawal percakapan kerana program itu disiarkan secara langsung dan sekarang saya memilih untuk berdiam diri dan tidak membuat siaran langsung lagi.” Jelasnya kepada Harian Metro mengenai prosiding yang berjalan di Mahkahamah Masjistret Jaya.

 

 

Mengikut pertuduhan, Datuk Seri Vida didakwa menyiarkan iklan dalam sebuah rancangan mengenai produk kesihatannya, Pomoga yang dikatakan dapat menyembuhkan kulit melecur, sakit sendi dan sakit lutut tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat.  Datuk Seri membuat rayuan bagi memohon untuk dikenakan hukuman ringan. Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menolak rayuan terbabit dan memohon dikenakan hukuman berat kerana mempunyai rekod kesalahan lampau serta identiti beliau yang lampau.

 

Be the first to comment on "Dato Seri Vida Berlaku Jujur Di Mahkahmah Dan Dikenakan Hukuman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*