Datuk Nassier Wahab : Saya Sendiri Berasa Sedih Terhadap Penahanan DBI

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, didapati syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu lingkungan RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.-SH

DBI serta dua individu yang lain telah ditahan untuk membantu siasatan kes ini. Duta DBI Property turut melahirkan rasa sedih.

—————————————————————————————————————————————————————————————————

Penyanyi Datuk Nassier Wahab melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan kekecohan yang melanda syarikat perumahan yang diterajui oleh Datuk Boy Iman (DBI) sehingga menyebabkan pelakon itu ditahan polis.

Beliau yang dilantik menjadi duta kepada syarikat rumah murah itu tidak menyangka di mana semua berlaku adalah diluar jangkaan dan berjanji akan mencari jalan terbaik menyelesaikannya.

“Saya masih belum berkesempatan untuk bertemu Datuk Boy kerana baru pulang dari Makkah dua hari lepas. 

“Keadaan kesihatan saya juga tidak mengizinkan untuk berjumpa dengannya. Isu dibangkitkan adalah mengenai syarikat diberi nama DBI Property dan saya pula dilantik menjadi duta untuk syarikat DBI Technology.

“Saya juga dimaklumkan penahanan dia adalah bagi membantu siasatan tentang syarikat lamannya iaitu DBI Property.

“Insya-Allah bila kes ini sudah reda saya akan bertemu Boy Iman untuk membincangkan jalan penyelesaiannya. Saya sendiri berasa sedih dengan apa yang berlaku kerana adalah di luar jangkaan,” ujarnya kepada mStar Online, Selasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *