Didakwa Hina Nabi & Dilabel Pelakon Sampah, Ini Respon Iqram Dinzly Atas Teguran Ustaz.

Sedia maklum kepada semua, kini rancangan melodi bersiaran buat pertama kalinya pada tahun 2018 dengan menampilkan hos iaitu Ajak Shiro dan juga Janna Nick. Namun apa yang menariknya rancangan kali ini adalah mereka berjaya menjemput artis LIVE iaitu Iqram Dinzly ke rancangan melodi.

Ketika Iqram Dinzly ditanyakan siapakah guru beliau dalam rancangan melodi, beliau meyebut salah seorang guru beliau ialah ‘Che Mat’. Beliau merujuk Che Mat sebagai Nabi Muhammad S.A.W. Ini telah mendapat perhatian daripada seorang ustaz yang bernama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary. Di dalam facebook ustaz, beliau memuat naik satu status isu Nama Nabi Muhammad S.A.W yang ditukar kepada Che Mat dan rata-rata follower ustaz ada yang menyokong beliau dan ada yang mengatakan bahawa Iqram Dinzly tidak berapa sihat sehinggakan terlepas kata.

Iqram Dinzly membetulkan ayat beliau kepada Nabi Muahammad selepas ayat Che Mat dikeluarkan.

Berikut adalah status ustaz berkenaan…

“Saya syorkan Jabatan Agama Islam Perak dan JAKIM ambil tindakan tegas keatas Iqram Dinzly ini kerana menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Jangan biarkan Nabi kita dipermainkan nama Baginda hanya kerana mahu menjaga hati pelakon sampah yang memperendahkan Nabi Muhammad S.A.W. Ini serius!!! _ Abu Syafiq 0192713781”

Berikut adalah beberapa komen daripada netizen kepada Ustaz Abu Syafiq dan kepada Iqram Dinzly@Muhammad Amirullah kalau ya pun janganlah panggil nama macam tu kan..Sedangkan INSP Polis pun kita panggil tuan dan hormat…Ini kan pula Rasulullah…

“@Zamm Shamrin Ada bukti ker ustaz.. Tang mana video dia hina rasulullah???? Cer tempek sikit di fb sebagai bukti?

“@Kamal Husain Jgn panggil dia sampah. Kalau nak bantu dia dtg jumpa dia, dekati dia, bukan hina dia dimedia sosial..

“@Rasfia Sofia Ta baek rasenye panggilan nabi Muhammad yg kite muliakan..dgn panggilan mat

“@Amiruddin Yatim Sejahil mana pun dia,adakah kita yg berasa alim ni blh gelarkan dia smpah,,adakah nabi pernah gelarkan ssorg yg mghina dia??lau ada tlg bg thu dgn bukti..sy mhon bljr

Di bawah adalah petikan siaran LIVE Melodi yang bertarikh 7hb Januari 2018 bersama Iqram Dinzly. Tetapi bab ketika Iqram Dinzly menyebut Che Mat tiada didalam petikan ini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *