Dihalau Dan Dianggap Seperti Pengemis, Namun Anda Pasti Tidak Akan Percaya Apa Lelaki Ini Lakukan!

Pepatah “don’t judge a book by it’s cover” atau jangan menilai isi buku melalui kulitnya memang perlu dipraktikkan oleh setiap manusia tidak kira anda berjawatan besar atau pun biasa.

Samalah juga dengan kisah kali ini. Seorang pakcik yang berpakaian lusuh berwarna merah telah melawat beberapa buah kedai motosikal dengan hasrat membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi.

Akan tetapi, kebanyakan jurujual kedai tidak melayan beliau, malah ada yang sanggup menghalau kerana dianggap sedang menagih simpati sedekah.

 

Sampailah ke satu kedai ini, seorang jurujual ini terus melayan pakcik tersebut dengan mesra. Hanya sepuluh minit selepas memperkenalkan jenis-jenis motosikal yang terdapat di kedai tersebut, pakcik tersebut memilih motosikal yang hendak dimilikinya.

Sebaik memberitahu jurujual, dia terus mengeluarkan sejumlah wang tunai yang banyak dan terus membayar motorsikal jenama Harley Davidson itu secara tunai!

Kisah tersebut menjadi viral selepas kakak sulungnya memuat naik status dan gambarnya di media sosial. Lelaki itu bernama Lung Decha, seorang mekanik yang bekerja keras dan kini separa bersara.

“Dia tidak merokok, dia tidak minum (arak) atau berjudi,” katanya melalui status itu.

“Abang saya bukanlah seorang yang kaya, tetapi sudah memasang impian untuk memiliki motorsikal tersebut. Jadi, kini dia sudah boleh enjoy selepas mengumpul wang bertahun lamanya”, tambahnya lagi.

Kan dah putih mata jurujual yang lain. Oleh sebab itulah, anda sebagai jurujual, janganlah tengok penampilan sahaja baru anda beri layanan yang istimewa.

 

Sumber: Berita Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *