Direman Kali Keempat, Apalah Nasib Datuk Boy Iman

Baru-baru ini, tular mengenai kes penipuan tawaran rumah murah mampu milik membabitkan DBI Properties dan Juta Kelulut Global Resources, dan PPIM telah tampil untuk membela mangsa-mangsa keadaan. Kini, Datuk Boy Iman telah direman buat kali keempat bagi membantu siasatan kes dan dilokap di Sungai Petani, Kedah.

 

Sebelum ini, Boy Iman ditahan reman setelah melepasi proses yang sama selama dua hari di Ampang, Selangor dan di Muar, Johor dan tiga hari di Shah Alam, Selangor sebelum ini, bersama tiga rakan suspek iaitu Kassim Arunasalam, Muhammad Umar Abdul Jamil dan Siti Norbaiyah Yahya, atau dikenali sebagai Datuk Anggun.

 

Semua mereka ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Petani, Kedah.

Permohonan reman semua suspek diperlukan bagi meneruskan siasatan dan melengkapkan kertas siasatan sebelum pendakwaan dilakukan.

Kepada yang mempunyai maklumat mengenai Ustaz Zubir, diminta tampil memaklumkan kepada polis dengan segera.

 

Pada 2 Oktober lalu, Boy Iman dan tiga yang lain ditahan susulan 188 laporan polis oleh mangsa yang mendakwa ditipu dua syarikat menawarkan rumah pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran iaitu kira-kira RM60,000 untuk sebuah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

 

Sehingga Jumaat lalu, jumlah laporan polis yang telah dilapor oleh mangsa bertambah kepada 210 laporan dari seluruh negara, membabitkan projek di Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.

 

Kes tersebut telah disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan disabitkan kerana menipu.

One Reply to “Direman Kali Keempat, Apalah Nasib Datuk Boy Iman”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *