Ditolak 17 Universiti, Lelaki Ini Godam 400 Laman Sesawang Termasuk Facebook, Google, Microsoft, Yahoo, Twitter Dan Banyak Lagi…

Seorang remaja Pakistan berumur 22 tahun, Shahmeer Ali, mendapat kemuntungan sebanyak $USD150,000 dengan mengodam 400 laman sesawang syarikat-syarikat besat termasuklah Microsoft, Facebook, Yahoo,Twitter, Google,  Dropbox, LinkedIn,  dan banyak lagi.

Beliau kemudiannya melaporkan pepijat yang berjaya dikesan (Bugs track). “Bugs track” adalah proses mengesan kelemahan atau masalah perisian komputer mahupun aplikasi telefon pintar. Bugs pula adalah penyebab kelemahan tersebut.

Shahmeer Ali merupakan seorang genius kerana mampu mempelajari bahasa komputer dengan masa yang singkat. Sebagai contoh bahasa komputer adalah  C, C++, Java, Fortran, Visual Basic, XBase, Powerbuilder, JavaScript, Word Basic dan banyak lagi. Dikatakan, untuk mencapai tahap seperti Shahmeer, seseorang itu memerlukan pengalaman 10-15 tahun dalam bidan tgersebut.

Shahmeer pernah tersenarai sebagai pengodam nomber 1 oleh Hackerone pada tahun 2015 dan kini beliau berada di kedudukan  nombeor 15. Namun atas faktor usia, Shahmeer mempunyai potensi besar dalam bidang ini.

Keluarga Shahmeer berpindah dari Multan ke Karachi ketika beliau masih berusia 13 tahun. Dia mendapat pendidikan sekolah rendah dari Rangers Public School, sebelum menyambung ke peringkat menengah di Government Degree College dalam bidang kejuruteraan.

Permohonan beliau untuk meyambung pengajian ke universiti telah ditolak sebanyak 17 kali, beliau akhirnya berjaya mendapat biasiswa untuk belajar di Usman Institute of Technology dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik.

Shahmeer amat meminati penggunaan komputer sejak kecil. Semasa awal penglibatan dalam dunia pengkomputeran, beliau selalu menemui bugs dalam komputer Pentium 3. Hanya dengan menggunakan Google, beliau mampu untuk mencari penyelesaian untuk masalah bugs.

Etika seorang pengodam:

menurut Shahmeer

“Peranan utama saya adalah untuk mencari kelemahan produk dan servis dalam kehidupan seharian kita. Selepas menemui masalah perisian, saya menghubungi mereka yang bertanggungjawab, dan memaklumkan perkara berkenaan. Para pengkaji sistem perisian turut mengiktiraf hasil kerja saya dan membayar sejumlah insentif yang lumayan.”

Sumber: BeautifulNaara

Be the first to comment on "Ditolak 17 Universiti, Lelaki Ini Godam 400 Laman Sesawang Termasuk Facebook, Google, Microsoft, Yahoo, Twitter Dan Banyak Lagi…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*