Diusir Pegawai Di Pejabat Pendaftaran SiviL Ketika Mendaftarkan Perkhawinan.. Siapa Sangka “Kanak-Kanak” Ini Sebenarnya..

Mereka hampir diusir ketika ingin mendaftarkan perkhawinan mereka ketika mereka membuat permohonan untuk berkhawin.

Namun begiru, setelah mereka menunjukkan kad pengenalan mereka, pegawai tersebut terus membantu mereka mendaftarkan sijil perkahwinan mereka kerana mereka sebenarnya sudah dewasa namun fizikal mereka membuatkan mereka kelihatan masih kanak-kanak. Dikhabarkan bahawa pasangan itu sudah berumur 22 dan 20 tahun.

Sebenarnya pasangan ini mengalami sindrom dwarfisme (gangguan pertumbuhan yang disebabkan oleh gangguan dalam fungsi hormon pertumbuhan), menyebabkan mereka kelihatan seperti kanak-kanak. Walaupun fizikal mereka seperti kanak-kanak tetapi fikiran mereka jauh lebih matang.

Si isteri hanya berketinggian 130 cm dan berat kurang daripada 30kg. Menurut wawancara, si isteri menemui suaminya dalam sebuah program TV seterusnya menjalinkan bibit cinta sebelum meneruskan hnungan mereka kepada suami isteri.

Menurut mereka, mereka sering dipandang serong oleh masyarakat sekeliling mereka kerana kekurangan fizikal pada diri mereka namun mereka tidak mengendahkan pandangan negatif orang lain.

P/S: Biar apa orang kata yang penting kita bahagia. Orang lain tiada hak untuk menghalang kebahagian kita.     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *