Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun. Semoga Awal Muharram Kali Ini Bermanfaat

Tidak lama lagi bulan Zulhijjah 1438 Hijrah akan menutup tirainya sekaligus tahun baru, iaitu Awal Muharram 1439 Hijrah akan menyusul selepas maghrib ini mengikut waktu yang ditetapkan di kawasan masing-masing. Setiap individu pasti mempunyai azam dan matlamat baru sebelum melangkah ke tahun yang baru, tapi niat yang baik itu hanya sia-sia sekiranya tidak dilaksanakan dengan betul.

Berikut merupakan panduan untuk doa akhir tahun dan doa awal tahun.

Doa Akhir Tahun:

Dibaca sebanyak tiga kali selepas menunaikan solat fardhu Asar.

 

Doa Awal Tahun:

Dibaca sebanyak tiga kali selepas menunaikan solat fardhu Maghrib.

 

Semoga tahun baru ini kita lebih berazam untuk memperbaiki diri kita dan semoga segala perbuatan mendapat keberkatan daripada-NYA. InsyaAllah. Biarkan perkara yang lalu menjadi sejarah, dan semoga kita lebih istiqamah untuk membuat perkara kebaikan bermula hari ini dan hari-hari yang mendatang. Salam maal hijrah 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *