Donnie Yen Muak Dengan Layanan Hollywood Terhadap Pelakon Asia

Sesiapa peminat filem trilogi Ip Man pastinya mengenali pelakon Donnie Yen. Donnie sebelum ini pernah membintangi beberapa filem Hollywood seperti xXx: Return of Xander Cage, Blade II dan Shanghai Knights.

Selain daripada itu, Donnie turut berlakon sebagai Chirrut Imwe dalam Rogue One: A Star Wars Story. Dia turut dilihat sebagai diantara pelakon Asia yang berjaya di Hollywood.

Namun bagi Donnie, dia berpendapat sebaliknya pula. Menurutnya, semua watak yang diberikan kepadanya adalah tidak banyak bezanya malah turut muak dengan layanan Hollywood terhadap pelakon Asia. Pelakon Asia hanya diberi watak kecil dan tidak memberi impak kepada jalan cerita sesebuah filem. Mereka hanya digunakan untuk memancing pelakon Asia sahaja.

Donnie turut berkata bahawa Hollywood sepatutnya mengunakan pelakon Asia untuk memenuhi pasaran Asia hanya dengan kemunculan singkat.

Pelakon berusia 54 tahun itu juga pernah berbincang dengan penerbit untuk membawa watak Chirrut Imwe dalam filem Rogue One: A Star Wars Story dengan lebih mendalam dan hasilnya adalah seperti dalam naskah terakhir filem tersebut.

Dalam Rogue One: A Star Wars Story turut menampilkan 3 pelakon berasal dari Indonesia iaitu, Iko Uwais, Yayan Ruhiyan dan Cecep Arif namun hanya melakonkan watak kecil dengan dialog yang ringkas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *