Dress Rekaan Calvin Thoo Untuk Aishah Dapat Kritikan Daripada Netizen.

Semalam merupakan malam kemuncak rancangan GegarVaganza bagi musim yang ke-4. Semalam juga adalah malam yang sangat bermakna kepada penyanyi legend iaitu Aishah setelah menjuarai gegarvaganza musim ke-4. Aishah telah menewaskan 5 pesaing hebat diakhir pentas gegarvaganza iaitu Liza Hanim, Lan Kristal, Hazami, Tia Jimbara dan Fiman. Aishah sememangnya layak untuk menjadi juara kerana persembahannya meninggalkan kesan pada penonton. Lagi pula nyanyian Aishah dan persembahan Aishah mengamit zaman kegemilangan beliau.

Disebalik kejuaraan Aishah semalam, baju rekaan Calvin Thoo untuk Aishah mendapat kritikan daripada orang ramai. Ramai yang mengatakan dress yang diberikan oleh Calvin Thoo tidak sesuai dengan size badan kak Aishah. Ada yang mengatakan dah macam pokok krismas, pakai baju tu nampak macam perempuan sihir dan macam-macam lagi. Bagaimana pula pendapat anda?

Dress Cantik Bukan Untuk Aishah

 

Calvin Thoo telah memuat naik Foto dress yang dipakai oleh Aishah pada malam pentas akhir Gegarvaganza musim ke-4. Ada sesetengah pihak yang memberikan pendapat yang negetif dengan dress yang dipakai oleh Aishah. Dibawah adalah antara komen yang diterima oleh Calvin Thoo.

 

 

“Nampak slim, superb cut”

 

Walaupun ramai yang mengkritik design dress tersebut, namun ramai juga yang memuji design dress yang digunakan oleh juara Gegarvaganza musim ke-4 itu.

 

 

Sumber : Instagram Calvin Thoo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *