Emas Belakang RUmah Boleh gali Tetapi Tidak Boleh Ambil – Presiden Institut Geologi Malaysia

“Boleh gali tetapi tidak boleh ambil.”

Itu kata Presiden Institut Geologi Malaysia Datuk Yunus Abd Razak berhubung aktiviti menggali emas oleh penduduk Kampung Jenang, Marang di kawasan tanah berhampiran kediaman masing-masing.Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berkata,

“Pada asasnya semua sumber mineral adalah tertakluk dan menjadi hak kerajaan negeri.”

Menurutnya, walaupun berada di dalam kawasan tanah persendirian mengikut undang-undang, bahan galian seperti emas tersenarai antara mineral adalah milik kerajaan

Seperti yang termaktub dalam undang-undang, penduduk dibenarkan mengali tanah namun jika penduduk menemui sumber mneral seperti emas dan timah, ianya dalah milik kerajaan.

Tambahnya lagi, untuk mencari dan menggali emas di tanah milik masing-masing, penduduk terbabit bagaimanapun boleh membuat permohonan Lesen Melombong Tuan Punya.

“Lesen ini perlu dipohon daripada Pejabat Tanah dan Galian negeri (PTG) dan selepas memperolehnya, mereka perlu memohon lesen operasi pula daripada JMG.

“Pemilik tanah juga perlu mengemukakan satu skim yang mana perlu mendapatkan bantuan jurutera perlombongan berdaftar.

“Skim ini secara mudahnya untuk menunjukkan keluasan, sistem pengairan dan beberapa aspek keselamatan lain yang perlu dipatuhi.

“Selain itu, wujud peruntukan dalam Enakmen Mineral Negeri yang memerlukan mereka membayar royalti sekitar 2.5 peratus daripada keuntungan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Sehubungan itu, Yunus menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya merujuk kepada JMG untuk mendapatkan nasihat bagaimana mereka boleh meneruskan aktiviti menggali emas di tanah milik masing-masing.

“Tidak perlu terburu-buru, sebaliknya dapatkanlah nasihat daripada pakar. Mereka juga boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana syarikat yang mampu melakukan aktiviti berkenaan secara lebih berkesan dan terserah kepada persetujuan mereka mengenai nisbah pembahagian keuntungan,” katanya.

Sumber : Harian metro (https://www.hmetro.com.my/node/127385)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *