F1 Terakhir di Litar Sepang,Verstappen Muncul Sebagai Juara

Selepas 19 tahun Litar Sepang menjadi venue untuk perlumbaan F1, akhirnya kontrak ditamatkan, iaitu setahun lebih awal dari perancangan awal. Jumlah penonton yang berkurang menjadi faktor utama. Walaupun Penonton dari luar negara tetapa sama, namun penonton lokal kurang mendapat sambutan. Penjualan tiket yang kurang memberangsangkan dan kos penyelenggaraan yang meningkat naik menyebabkan keputusan ini diambil.

PEMANDU Red Bull, Max Verstappen meraih hari minggu yang menakjubkan apabila muncul juara Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia PETRONAS yang juga hadiah ulang tahun ke-20 paling sempurna dalam kariernya musim ini.

Kemenangan itu juga adalah yang sulung buat pelumba Belanda itu untuk musim 2017 selepas tujuh daripada 14 perlumbaan sebelum ini menyaksikan dirinya gagal menamatkan saingan.

VERSTAPPEN (tengah) meraikan kejayaan meraih kejuaraann di GP Formula Satu Malaysia selepas menewaskan Hamilton di tempat kedua dan rakan sepasukan Riciardo. Foto AFP

Verstappen mencatat masa terpantas 1 jam 35.576 saat manakala pemandu Mercedes AMG PETRONAS, Lewis Hamilton kedua, 1:36.932s.

Rakan sepasukan Verstappen yang juga juara di Sepang tahun lalu, Daniel Ricciardo ketiga dengan catatan 1:36.589s.

Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel pula bangkit dari petak belakang dengan meraih penamat di tangga keempat, (1:41.345s).

Kali terakhir Verstappen muncul pemenang adalah di GP Sepanyol, Mei tahun lalu.

Sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *