Fad Bocey Turut Sedih Bila Tengok Video Achey Cakap Pasal Anak..

Siapa tidak sedih bila melihat sahabat baik anda berada dalam kesedihan?

Begitulah yang berlaku kepada Fad melihat video Achey bercakap mengenai anak.

Dalam video tersebut, Achey memohon maaf kepada rakan-rakannya jika mereka berasa rimas apabila Achey sering menempel bersama rakan yang mempunyai anak.

Video Achey Sedih bila bercakap mengenai anak:-

Sebagai rakan baik kepada Achey, Fad turut merasa sedih bila Achey sedih.

“Saya dah kenal Achey lama, susah senang kami bersama, banyak cerita dia saya tahu.

“Sebab itu saya sedih tengok dia sedih, saya kenal dia macam mana, baik sangat orangnya. Suka tolong kawan-kawan, tak pernah berkira sikit pun.

“Dalam isu anak, satu je saya boleh kata, itu semua rezeki Allah SWT. Ada orang mudah dapat anak, ada orang tak.

“Mungkin rezeki dia di tempat lain, dari segi kesenangan suami isteri, siapa tahu.

“Kadang-kadang saya rajin juga bawa anak melawat Achey, InsyaAllah, jika ada rezeki dia, adalah,” katanya.

Bagi perkembangan Fad Bocey pula, dia kini meluangkan lebih masa untuk keluarganya. Setiap hari minggu merupakan masanya untuk bersama keluarga kerana anaknya semakin membesar.

Fad juga menambah bahawa dia hanya akan menerima kerja yang dekat dengan rumahnya sahaja untuk menolong meringankan beban isterinya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *