Fakta – Ini Sebab Kenapa Suami Isteri Kena Berpelukan Setiap Hari.

Seperti  yang kita tahu, pelukan itu adalah salah satu daripada tanda kasih sayang dan cinta terhadap seseorang. Namun tidak semua suami isteri yang suka berpelukan setiap hari, ini mungkin mereka rasa rimas dengan benda yang sama, terasa panas dan bermacam-macam alasan lagi. Namun hakikatnya suami isteri yang berpelukan setiap hari itu banyak faedahnya. Sebaiknya kepada suami isteri mulai dari sekarang.

 

Ini kerana satu kaji selidik terbaru telah menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari itu mendapat banyak kelebihan yang tersendiri. Ia juga menambah baik keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri. Bahkan, sangat baik untuk kesihatan.

 

Antara kelebihan berpelukan setiap hari dengan pasangan:

 

1. Mencegah Stres

 

Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih daripada itu. Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.

 

2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’

 

Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.

 

3. Tidur Lebih Nyenyak

 

Jika anda sukar  untuk tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar untuk tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.

 

4. Baik Untuk Jantung

 

Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.

 

5. Bangun Penuh Bertenaga

 

Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.

 

6. Panjang Umur

 

Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai. Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.

 

7. Tanda Luahan Kasih Sayang

 

Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.

 

semoga perkongsian ini dapat membantu kepada yang bergelar suami isteri. Jangan lupa share kepada rakan-rakan atau sepupu yang dah bergelar suami isteri. Dan Ingat, tidak elok kepada mereka yang masih bercinta tanpa ada ikatan yang sah.

Terima kasih kerana sudi membaca…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *