Fakta Pelik Dan Menarik Pencipta Facebook, Mark Zuckerberg..

Kebanyakan orang tahu bahawa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg ialah seorang pelik.Mari kita lihat fakta menarik tentang beliau.

Hampir bekerja untuk Microsoft

Mark dan sahabatnya, Adam D’Angelo telah mencipta “Synapse Media Player”. Aplikasi ini mampu menghasilkan playlist lagu berdasarkan kegemaran penguna. Microsoft cuba merekrut Mark namun Mark dan Adam telah mempatternkan ciptaan mereka dan menyambung pelajarannya ke kolej.

Kenapa Facebook berwarna biru

Mark sebenarnya buta warna (merah dan hijau). Dalam temuramah bersamanya, dia memberitahu bahawa biru merupakan warna paling kaya kerana dia boleh melihat semua warna biru.

Tidak berminat dengan duit

MArk telah mengumumkan akan mendermakan 99% sahamnya dalam Facebook kepada yayasannya Chan Zuckerberg Initiative bagi meningkatkan potensi manusia dan mempromosikan kesaksamaan dari segi kesihatan, pendidikan, penyelidikan saintifik dan tenaga. Jumlah saham MArk dalam Facebook bernilai RM189 billion.

Mampu bercakap dalam berapa bahasa.

Disebabkan ingin berkomunikasi dengan keluarga isterinya, Mark telah belajar berbahasa mandarin.

Facebook Mark Zuckerberg

Seramai 12 orang ditugaskan untuk menjaga akaun pengasas Facebook ini. Kerja mereka termasuk mengupload gambar, membalas komen dan mengupdate status Mark.

Tolak tawaran menjual Facebook

NewsCorp, Myspace, Viacom, Yahoo, NBC, Microsoft dan Google merupakan diantara syarikat yang pernah membuat tawaran untuk membeli Facebook namun Mark kekal dengan pendiriannya untuk tidak menjual Facebook.

Memakai baju warna yang sama setip hari

Disebabkan tidak mahu pening kepala untuk memikirkan warna baju apa yang dia pakai setiap hari, Mark telah membeli sejumlah baju yang sama untuk dipakai setiap hari. Baju yang dibeli Mark bernilai RM RM 1,200 sehingga RM 1,400 sehelai.

Memakai tali leher selama 1 tahun

Mark pernah memakai tali leher selama 1 tahun pada 2009 bagi memperlihatkan komitmennya dalam memperkembangkan Facebok walaupun dalam keadan ekonomi global yang sedang melest pada waktu itu.

Cincin murah kepada isteri pada hari perkahwinan

Walaupun kekayanya pada tahun 2012 bernilai RM80 billion, Mark memutuskan untuk memberikan isterinya cincin kahwin yang bernilai RM105,000 sahaja.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *