Fakta Yang Tidak Diketahui Tentang Suami Mawar Rashid, Diam-Diam Ubi Berisi Pula Dia Ni!

Sebelum itu, ucapan tahniah kami ucapkan buat Mawar Rashid yang selamat dinikahkan dengan pasangan pilihannya yang juga adik kepada Datuk Fazley, Raf Yaakob.

Majlis pernikahan pasangan sejoli ini diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur itu dan disaksikan oleh kenalan rapat serta kedua keluarga mereka. Mawar, 22, menerima RM900 sebagai mas kahwin namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Mawar dan Raf sah bergelar suami-isteri dengan hanya sekali lafaz.

Kalau diikutkan, semestinya ramai yang lebih mengenali Mawar berbanding Raf yang baru berjinak dalam industri hiburan. Namun, tahukah anda? Meskipun baru menceburi industri tersebut, terdapat pelbagai fakta yang kita tidak ketahui mengenainya. Diam-diam ubi berisi rupanya!

 

Asal Usul Nama Raf

Mungkin ramai yang mempunyai pertanyaan, mengapa dia dipanggil sebagai Raf, sedangkan nama sebenarnya adalah Raden Ahmad Faizal Yaakob. Untuk pengetahuan anda, nama Raf diambil bersempena dengan abjad awal nama beliau iaitu R.A.F.

 

Pernah Berkahwin Dan Mempunyai Dua Orang Anak Hasil Daripada Perkahwinan Yang Terdahulu

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf mempunyai dua orang cahaya mata. Uniknya lagi, salah seorang anaknya itu lahir pada hari yang sama dan di hospital yang sama dengan kelahiran anak ketiga abangnya, Datuk Fazley Yaakob. Mesti meriah suasana rumah!

Mempunyai Darah Keturunan Jawa

Melihatkan pada namanya sahaja sudah kita ketahui pasti keluarga mereka mempunyai darah jawa. Malah pada majlis pernikahan mereka malam tadi turut bertemakan jawa manakala malam berinai bertemakan Thai mengikut keluarga Mawar yang mempunyai kacukan Thai. Thai dan Jawa pasti anak mereka akan kelihatan begitu segak nanti.

 

Presiden Kepada Kelab Mnchester United Malaysia

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa Raf merupakan presiden kepada Kelab Manchester United Malaysia. Malah sebagai kejutan untuk isterinya itu, Raf bakal ketemukan Mawar dengan para pemain kelab gergasi itu pada bulan hadapan. Wahh best giler!

 

Abang Angkat Kepada Pelakon, Emma Maembong

Sebelum ini ramai yang beranggapan bahawa Raf bercinta dengan Emma Maembong. Sebaliknya, Emma menafikan dakwaan tersebut kerana beliau menganggap Raf sebagai abang angkatnya malah kedua-dua keluarga mereka merupakan kenalan rapat sejak mereka berdua kecil lagi.

Hubungan yang tercipta antara Mawar dan Raf juga adalah hasil usaha Emma yang memperkenalkan mereka antara satu sama lain di sebuah acara suatu ketika dahulu.

 

Papa Rock!

Lebih gemar bersikap low profile, Raf sebenarnya gemar pada koleksi kereta mewah. Dek kerana sikapnya itu membuatkan Mawar jatuh hati padanya dan berharap dapat membimbingnya ke arah yang lebih baik.

 

Sumber: Media Hijrah

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *