Formula Pengiraan Setem Duti Perjanjian Sewa Rumah.Penting Untuk Kes Mahkamah

Apa itu duti setem? Mungkin ada diantara pembeli-pembeli baru yang keliru tentang duti setem. Secara mudah duti setem adalah satu taksiran cukai atau pungutan duti setem yang tertakluk pada akta setem 1949.

Akta Setem 1949 memperuntukkan pengenaan duti atau cukai mengikut nilai hartanah dari setiap transaksi hartanah anda. pembayaran cukai atau levi ini adalah wajib pada setiap transaksi hartanah melainkan adanya pengecualian tertentu dari pihak kerajaan. Ini termasuklah transaksi penukaran nama dari aktiviti jualan atau hadiah, di mana walau apa jenis transaksi yang dilakukan pemilik asal pada pemilik baru… duti setem tetap akan dikenakan pada transaksi itu.

Perjanjian sewa rumah yang ditandatangan oleh tuan rumah dan penyewa perlu dimatikan setem supaya ianya adalah satu perjanjian yang sah dan boleh dibawa ke mahkamah. Berikut merupakan cara pengiraan duti setem untuk penyewaan :

Duti Setem

: [(Harga Sewa x Tempoh Sewaan) – 2400] / 250 X (TAHUN)

Mengambil contoh sebuah rumah yang disewakan pada kadar RM400 sebulan untuk tempoh masa 1 tahun, maka jumlah duti setem yang dikenakan adalah seperti berikut :

= ([400 x 12 bulan] – 2400) / 250 X 1 tahun

= 2400 / 250 X 1 Tahun

= RM9.60 @ RM10 julat terhampir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *