Gadis ini Berkahwin Dengan Lelaki Miskin Tanpa Perasaan Cinta. Selepas Suaminya Meninggal Dunia, Dia Terjumpa Sesuatu..

Aku Liza ( bukan nama sebenar). Aku lahir dan dibesarkan di kampung. Namun begitu, ketika aku berumur 12 tahun, kami berpindah ke bandar.Kami hidup dalam suasana aman damai sehinggalah satu kemalangan telah meragut nyawa kedua ibu bapaku. Kejadian berlaku ketika aku masih lagi belajar di sekolah menengah.

Setelah pemergian kedua ibu bapa ku, aku berhenti sekolah. Kehidupan seterusnya aku lalui mengunakan duit peningalan mereka. Selepas menjadi yatim piatu, hidup aku mula bebas. Aku mula belajar merokok, dan mula bergaul bebas dengan rakan-rakan yang nakal. Dan sinilah aku berjumpa teman lelaki aku.

Aku sangat mencintainya bak kata pepatah dunia ini hanya kami berdua. Tapi aku tidak menyangka bahwa dia mencintai wang peningalan ibu bapa ku berbangding diriku. Setelahduit peningalan kedua arwah ibu ayahku, aku sekali lagi ditinggalkan.

Pada umur 28 tahun, aku mula sedar bahawa jalan yang aku pilih ini adalah salah. Aku mula mencari pekerjaan dan ingin berkahwin disebabkan ramai rakan seusia dengan ku sudah berumah tangga. Namun begitu, tiada seorang lelaki pn tertarik denganku disebabkan status aku sebagai anak yatim piatu.

Suatu hari seorang cleaner di tempatku bekerja menawarkan untuk menjodohkanku dengan anak saudaranya yang tinggal di kampung. Setelah berfikir masak-masak, akhirnya aku menyetujuinya. Selepas pertemuan pertama, aku pun berkahwin dengan Iman (bukan nama sebenar) yang 4 tahun lebih tua daripada aku. Walaupun aku tak mencintainya, namun Iman tetap bersikap baik terhadapku.

Kami tinggal disebuah rumah yang disewa dan hidup cuma cukup-cukup makan sahaja. Iman berkerja sebagai buruh binaan. Setelah setahun berkahwin, kami dikurniakan anak lelaki. Iman berjanji untuk berkerja lebih keras lagi untuk memberikan kehidupan yang lebih baaik untuk kami. AKu sedikit pun mengendahkan janji Iman.

Ketika anak kami berumur 2 tahun, aku menerima telefon dari syarikat tempat Iman bekerja bahawa Iman tilah mengalami kemalangan di tempat kerja dan tidak dapat diselamatkan.

Setela upacara pengebumian Iman selesai, aku mengemas barang Iman. Ketika itula aku terjumpa Kad ATM berserta password. Setelah diperiksa, kad ATM tersebut mempunyai duit sebanyak seratus ribu . Beberapa hari kemudian, pihak syarikat pula menelefon akan membayar ganti rugi sebanyak dua ratus ribu. Wakil syarikat tempat Iman berkerja mengatakan bahawa Iman berkerja lebih masa untuk membahagiakan keluarga kami.

Setelah telefon di tutup, aku menangis sekuat hati. Hidup ini sungguh tak adil! Mengapa orang-orang yang menyayangiku semua pergi meniggalkanku ?! Aku terus menangis hingga tiba-tiba aku mendengar suara anakku menangis. Aku  memeluknya erat-erat. Ketika itu aku sedar, tak ada gunanya menyalahkan keadaan, tak ada gunanya larut dalam kesedihan. Hidup akan terus berlanjutan tak peduli apa yang terjadi saat ini. Malam itu juga, aku berjanji pada almarhum Iman, segala pengorbanannya tak akan pernah sia-sia, aku akan tetap kuat dan terus berjuang demi anak kami!

 

Be the first to comment on "Gadis ini Berkahwin Dengan Lelaki Miskin Tanpa Perasaan Cinta. Selepas Suaminya Meninggal Dunia, Dia Terjumpa Sesuatu.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*