Gadis Ini Request Grab, Namun Apa Yang Datang Tidak Disangka!

Sudah menjadi kebiasaan setiap individu untuk mengambil request untuk memakai Uber/ Grab sekiranya malas membawa kenderaan sendiri ditambah lagi dengan kesibukan diri bekerja seharian, maka kedua aplikasi ini adalah pilihan terbaik untuk digunakan berbanding dengan teksi yang mengenakan caj yang mahal.

 

Setiap hari juga, kita akan terbaca mengenai pengalaman yang diceritakan oleh pemandu Uber/ Grab ataupun penumpang (rider) bagi kedua-dua aplikasi tersebut, sama ada ianya pengalaman yang baik atau sebaliknya.

 

Berbeza pulak dengan pengalaman seorang gadis ini. Salma Zuhara, 17, menggunakan aplikasi Grab motosikal untuk pergi ke suatu tempat.

 

Namun, apa yang mengejutkan, setelah Grab motosikal tersebut tiba, Salma tidak menyangka dan terkejut bahawa penunggang motosikal tersebut adalah bapa kandungnya sendiri!

 

 

“Order Grab dapat papaku sendiri, aku baru tahu ternyata papaku sekarang kerja Grab,” ucap Salma dalam media sosial Instagram sendiri.

 

Memetik laporan daripada portal The Jakarta Post, Salma dikatakan sudah lama tidak bertemu dengan ayahnya, hampir 10 tahun sejak ibu dan bapanya bercerai. Tambahan lagi, nenurut Salma sendiri, ianya sukar untuk digambarkan emosinya sendiri sebagai anak selepas bertemu dengan bapanya yang tersayang.

“Saya berasa sedih, gembira, kekok, saya tidak boleh menjelaskannya,” katanya kepada portal Kompas.com.

 

“Apa yang saya tahu ialah dia sering bergerak di sekitar, sebab itu saya terkejut apabila saya dapat bertemu dengannya semula,” tambah Salma.

Pelajar sekolah menengah itu kini tinggal bersama ibunya dan tiga adik-beradik di Kudus, Jawa Tengah, berkata bahawa dia tidak mengetahui keberadaan dan tempat ayahnya tinggal. Selepas itu, dia membuat keputusan untuk mengambil nombor telefon bimbit bapanya agar memudahkan mereka untuk berkomunikasi pada masa akan datang.

 

Kesimpulannya, HIDUP ini penuh dengan kejutan. Seringkali kita merancang, namun Allah SWT sebaik perancang. Mungkin kita tidak dapat apa yang kita impikan, namun percayalah, semuanya ada hikmah di sebalik semua kejadian 🙂

Be the first to comment on "Gadis Ini Request Grab, Namun Apa Yang Datang Tidak Disangka!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*