Haiwan Apa Yang Korang Nampak Dulu Merupakan Personaliti Diri Anda..

Daripada gambar di atas, haiwan apa yang anda nampak dulu.. Sila baca di bawah untuk personaliti anda..

 

Kuda

Anda seorang bercita-cita tinggi. Sikap anda yang ingin bebas dan berjaya membuatkan anda tidak akan sia-siakan masa anda. Anda bersikap positif, jujur dan didorong.

 

Ayam

Anda seorang yang tekun, sangat tegas, pantas, pintar walaupun saiz kecil tetapi garang.

 

Ketam

Keras dari luar, tapi lembut dari dalam. Begitulah anda. Anda juga seorang yang setia. Anda sentiasamendahulukan orang lain berbanding anda dan anda tidak pernah terfikir untuk menupi apatah lagimengkhianati rakan anda.

 

Mentadak

Anda mempunyai tahap kesabarannya yang tinggi selain mempunyai naluri hati ang kuat. Anda juga boleh bertindak hanya berdasarkan naluri

 

Serigala

 

Seorang yang mempunyai naluri pemimpin, mempunyai keperibadian yang berani dan survival yang tinggi. Bak kata orang, buanglah di mana sahaja mesti boleh hidup. Disamping itu, anda juga mempunyai pengalaman hidup yang banyak membuatkan anda menjadi seorang pemimpin.

Anjing

Jika anda melihat seekor anjing dahulu, anda merupakan seorang yang setia, berani, melindungi dan tidak pentingkan diri sendiri.Disamping itu juga, anda seorang yang peyayang, bersifat ingin melindungi selain boleh diajak bergurau. Orang sekeliling anda akan sayang dengan anda disebabkan sifat anda yang menarik.

 

 

Burung Helang

Kebebasan. Itu perkataan yang sesuai untuk anda. Anda inginkan kebebasan. Selainitu, anda seorang yang fokus untuk mencapai impian atau cita-cita.

 

Rama-Rama

Rama-rama adalah simbol kecantikan dan perubahan yang paling terkenal. Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang fleksibel, boleh berubah diri berdasarkan keadan dan cepat menyesuaikan diri.

 

Burung Merpati

Simbol keamananan dan cinta abadi, seekor burung merpati merupakan salah satu ciptaan alam yang paling indah. Jika burung merpati adalah makhluk pertama yang anda lihat.

Anda mungkin ada jiwa yang tenang sabar sihat dan damai dengan diri anda sendiri. Ia adalah salah satu perkara yang paling sukar untuk dicapai dalam kehidupan( ketenangan dari dalam). Anda akan selalu jadi simbol harapan untuk seseorang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *