Hanya Kerana Upah RM1250, Dua Lelaki Sanggup Seludup 2.5 Juta Dadah Ke Malaysia.

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Penyalahgunaan dadah sering menjadi ancaman kepada mana-mana negara. Ini dibuktikan dengan beberapa insiden yang terjadi dalam negara kita baru-baru ini. Dadah seringkali menyebabkan manusia bertindak daripada luar kebiasaan. Namun, masih ada pihak yang cuba untuk mengaut keuntungan dengan penjualan dadah. Contohnya pada hari ini, dua pemuda ditahan atas cubaan menyeludup dadah ke Malaysia. Berikut merupakan berita penuh :

Kuala Lumpur: Sanggup gadai nyawa hanya kerana dibayar upah RM1,250. Itu tindakan ‘berani mati’ dua penyeludup yang cuba membawa masuk ganja bernilai lebih RM2.5 juta ke Malaysia.

Kegiatan suspek dipatahkan polis Thailand dalam dua serbuan berasingan di Songkhla dan Satun, Selatan Thailand, minggu lalu.

 Memetik Bangkok Post, Pemangku Ketua Polis Kawasan 9 Wilayah Leftenan Jeneral Ronnasil Phusara berkata, seorang lelaki ditahan di Songkhla pada 12 September lalu manakala seorang lagi ditahan di Satun, Selasa lalu.
 Menurutnya, pemeriksaan di sebuah rumah sewa milik suspek utama di Chana, Songkhla menemui 589 kilogram (kg) ganja dan pemeriksaan lanjut di Satun merampas 697kg ganja.

“Lelaki terbabit mengaku ganja itu mahu dibawa ke Malaysia bagi pasaran negara ini.

“Seorang daripada suspek mendakwa dibayar 10,000 Thai Baht (RM1,250) oleh seorang lelaki Thailand untuk membawa masuk dadah seberat 1,286kg ke negara ini dan meninggalkannya di sebuah lokasi. Namun, rancangan itu dihidu polis dan digagalkan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *