Hari Ni Cerai, Kenapa Baru Nak Bagi Tahu Perkahwinan Kami Sah? – Hafiz Hamidun

Menerusi kenyataan terus daripada Joy Revfa di facebook miliknya hari ini, dia mengucapkan syukur kerana akhirnya status penceraian dengan suami terdahulu 2 tahun lalu adalah sah. Menurut Joy lagi, perkahwinan bersama Hafiz Hamidun juga sah mengikut agama islam di Malaysia.

 

Hafiz Hamidun di twitter pula, terus menafikan sekerasnya kenyataan daripada Joy Revfa.

 

 

Menurut Hafiz Hamidun melalui twitter, dia menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh  Joy Revra seperti yang dilaporkan beberapa portal. Malah dia juga  menegaskan bahawa mereka tidak pernah ‘bersama’ dan perkahwinan mereka sebelum ini tidak sah. Dia sendiri hairan bagaimana Joy pasti perkahwinan mereka sah sedangkan dia baru disahkan bercerai dengan suami terdahulu hari ini. terasa pelik bila difikirkan dengan sebaiknya.

 

 

Sementara itu pula, Hafiz Hamidun memuatnaik status yang mengatakan dia tidak mahu netizen membuat sebarang spekulasi antara dia dan Arifah, kerana kes masih belum selesai.

 

sumber : Hafiz Hamidun

Be the first to comment on "Hari Ni Cerai, Kenapa Baru Nak Bagi Tahu Perkahwinan Kami Sah? – Hafiz Hamidun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*