Hati Dia Sudah Hitam! Komen Datuk Yusuf Haslam Terhadap Mansor Bin Puteh.

Baru-baru ini dikatakan Mansor bin puteh telah mengritik dan melabelkan filem yang dihasilkan oleh Datuk Yusuf Haslam dan juga anak-anak seharusnya dibuang ke tong sampah.

 

Terbaru, selepas saja sampai ke pengetahuan Datuk Yusuf Haslam. Menurut Datuk Yusof, sikap pengkritik tersebut tidak pernah berubah dan kini dia menjadikan Syamsul dan Syafiq sebagai sasaran.  Beliau turut memberi komen terhadap Mansor bin Puteh.

 

“Kasihan dia (Mansor), dia mahukan perhatian selepas 35 tahun menghina filem orang lain dan pada saya hati dia ini sudah hitam

“Hina saya tidak kisah… tapi ini melarat pula ke anak-anak saya. Biar masyarakat menilai dirinya, rupa-rupanya masih ada ‘speasis’ macam ini dalam negara.

“Kalau masih muda satu hal, ini sudah senja masih tidak berubah,” katanya

 

Menerusi status yang di kongsikan oleh Mansor di halaman facebooknya: Kebanyakan filem Hollywood dan filem Malaysia dan filem Yusof Haslam dan anak-anaknya sepatutnya dibuang di dalam ini (merujuk kepada gambar bakul sampah).

 

 

Bagaimanapun, Datuk Yusof menyifatkan tindakan Mansor itu bukanlah perkara pelik kerana sebelum ini dia juga dikatakan pernah menghina dan mengkritik filem Bukit Kepong arahan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin dan Allahyarham Seniman Tan Sri P.Ramlee.

“Ia bukan perkara baru tetapi tidak mengapa semoga Allah buka pintu hatinya dan turunkan hidayah.

“Saya pun bukanlah pernah minta dipuji,” akhirnya.

 

Sumber: mStar Online

Be the first to comment on "Hati Dia Sudah Hitam! Komen Datuk Yusuf Haslam Terhadap Mansor Bin Puteh."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*