Hati-hati Dengan Orang Yang Mengambil Kesempatan Derma Kilat Pusat Tahfiz Terbakar

Orang ramai diminta berhati-hati dan tidak mudah percaya kepada tabung derma kilat kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, yang mula tular dalam media sosial sekarangb ini.

 

Difahamkan , pihak pengurusan Pusat Tahfiz berkenaan tidak melancarkan apa-apa tabung sumbangan stakat ini, selepas kebakaran yang meragut 25 pelajar dan guru di bangunan pengajian mereka di Jlan Kermat, Kuala Lumpur, pagi tadi.

 

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga mengingatkan mana-mana pihak agar tidak mengambil kesempatan daripada tragedi yang menyayat hati itu.

 

” Saya harap tiada pihak yang akan mengambil kesempatan ke atas tragedi ini. Orang ramai boleh menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan sebarang perkara berkenaan,” penularan tabung bencana insiden malang itu sejak pagi tadi.

 

baca disini: Hati-hati dengan taktik scammer jika anda ingin merancang untuk membeli rumah

 

Sejak pagi tdi, gambar akaun bank kononnya sebagai derma kilat kepada tahfiz itu , mula tular di laman sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *