Hati-Hati Dengan Taktik Scammer Jika Anda Ingin Merancang Untuk Membeli Rumah

Setiap orang mempunyai impian iaitu memiliki rumah sendiri tanpa perlu menyewa. Akan tetapi, tahukah anda terdapat juga golongan yang tidak bertanggungjawab akan menipu anda dengan memperkenalkan harga mampu milik. Bagaimana nak tahu sama ada benda tu betul (genuine) atau tidak? Jom baca.

Perkongsian: FB Khairul Ezuwan

================================================================================

Pernah tengok tak banyak marketing yang menunjukkan testimoni pengguna Bagi meraih perhatian orang ramai untuk turut membeli produk tersebut. Ini antara teknik yang berkesan untuk meyakinkan orang ramai . Pada peringkat Awal owner produk akan beri percuma atau diskaun hebat untuk percubaan bagi mendapatkan testimoni. Dapat testimonial orang popular especially artis popular, lagi hebat penangannya. Bila testimoni2 ini dikeluarkan, ia meyakinkan orang ramai untuk mula mencuba & beli. Tapi itu pon ada juga yang kaki songsang bab testimoni ni . Sendiri type, sendiri screen shot. Hmm.

Dalam penipuan perumahan , ini step trick yang mereka gunakan untuk mendapatkan keyakinan atau dikenali sebagai teknik wayang pacak Jika mereka bermula dengan modal yang kurang besar. Tapi biasanya mereka-mereka ni memang dah ada modal dari penipuan sebelum-sebelum ni.

1. Buka company dengan SSM (Nama company mesti gempak yang melibatkan hartanah) & daftar CIDB .

2. Renovate office cantik-cantik Bagi nampak gah. Kemudian kumpul geng2 yang terdesak nak duit dan upah designer untuk buat beberapa design rumah.

3. Mereka akan melobi orang-orang berpengaruh contohnya Menteri @ kerabat diraja untuk sekurang-kurangnya merasmikan company mereka dalam satu majlis gilang gemilang. Teknik ini digunakan supaya pada pandangan orang ramai syarikat ini diberi pengiktirafan. Ini step bina “trust” yang pertama.

4. Bila sudah seperti dapat pengiktirafan, mereka akan mula menggunakan media cetak seperti surat khabar menayangkan syarikat mereka dirasmikan oleh Menteri A sebagai contoh . Dalam episode ini mereka mula mencari ejen bagi memulakan permainan mereka. Ejen-ejen ini juga akan rasa yakin bersama dengan mereka . Ejen-ejen ini akan ditawarkan dengan komisen yang lumayan. Mereka diberikan latihan untuk menjual.

5. Bila bermula episode menjual, mereka akan menggunakan media baru seperti blog2 dan media cetak bagi mempromosikan kononnya promosi pembukaan dengan harga yang cukup rendah, mereka tak lupa selitkan gambar menteri A yang merasmikan company mereka supaya orang ramai nampak yakin bahawa company ini adalah genuine. Bila Cek CIDB pon mereka ada. Ada peguam di lantik .Lagi menambahkan keyakinan pembeli. Tawaran awal yang diberikan lumayan dengan diskaun hebat, unit terhad (kononnya), tempoh masa terhad (call to action). Biasanya mereka tak dapat sebat banyak waktu ini kerana belum ada bukti jelas rumah yang mereka bina . Cuma waktu ini mereka hanya perlu keluarkan modal menampakkan satu2 tapak nak dah seperti mulakan progress, padahal bersihkan tapak jer pon pastu pacak2 kayu. Katakan Satu rumah RM40K, 50 orang serah tengkuk, mereka dah collect RM2,000,000.

6. Dari duit RM2,000,000 ini mereka modalkan buat 5 buah rumah pelanggan dengan satu rumah dengan Kos RM100,000 x 5 buah = RM500,000. Mereka akan lantik kontraktor third party untuk membina rumah tersebut sebab mereka memang tak tau haram pon pasal pembinaan. Sebut teori IBS jer tau. Baik masih ada RM1,500,000 . Beli la kereta mewah sikit RM200,000 . Baru naik semangat nak menipu. Ada lagi RM1,300,000.

7. Wang ini mereka akan gunakan sehabis baik untuk positioning diri mereka. Apa lagi , beli pangkat Dato’ , Dr , Ir , Ustaz eh. Ustaz boleh self claiming jer tak perlu beli. Pastu beli Award yang Menteri sampaikan. Kadang2 bodoh-bodoh jer sebuah rumah pon tak siap lagi dah dapat award 2,3 dalam bidang pembinaan. Haha. Semua ini adalah wayang pacak supaya nampak mereka gah. Kita yang tahu nampak diorang bodoh jer, Tapi orang luar yang naif akan rasa mereka ni CEO & Syarikatnya nampak kukuh dan hebat. “Trust kedua” telah terbina.

8. Bila 5 buah rumah tu mula naik, setiap masa la mereka update progress rumah tu . Orang yang memandang akan nampak wah ini betul2. Bukan tipu ni, masa ni ramai bakal mangsa akan terpukau walaupon dinasihati akan mula terpengaruh. Masa ni anti penipuan akan di cop pendengki MELAYU . No 1 adalah KEY kena Cop Mohor.

9. Waktu ini mereka Bagi lagi promosi lebih hebat, 200 orang lagi pelanggan baru serah tengkuk. RM40K x 200 = RM8,000,000. Duit dah banyak , naikkan lagi 10 buah rumah supaya nampak lebih trusted. RM100K x 10 = RM1,000,000. Masih ada RM7,000,000.

10. Duit ni mereka akan gunakan untuk buka business2 yang lain dan upgrade office mereka lebih hebat & gah kalau boleh nampak ala2 istana lagi Baik .

11. Duit dah banyak, masa ni mula masuk TV. Stesen TV asal bayar diorang on jer. Mereka ni tabur duit jer, stesen TV ni sanggup kutip. Lantik Duta Syarikat (Sure artis). Pasang billboard serata Malaysia supaya pengaruh mereka lebih meluas. Marketing melalui dua cara ini TV & billboard, takde sape boleh komen. Yang naif pasti jadi mangsa. Upah orang tebar flyers ke seluruh negara rumah ke rumah.

12. Waktu ini mereka tambah jumlah ejen. Dia peduli apa orang kata, Sebab target market mereka Memang orang2 yang naif & terdesak nakkan rumah murah. Waktu ni terkenalah lagi 2000 seluruh Malaysia . RM40K x 2000 = RM80,000,000.

13. Bila dapat duit ni mereka akan mula slowkan progress supaya progress sentiasa dapat berkenan supaya mereka tak terkantoi dalam waktu2 tertentu. Mereka akan buat selagi ada mangsa baru yang menyerahkan tengkuk. Bila tiada lagi mereka akan mula slow kan progress . Bila tamat tempoh mereka lari?

Oh tidak. Scammer bodoh jer yang larikan diri. Mereka ni takkan lari , mereka akan bagi pelbagai alasan dan menyalahlahkan orang Itu ini pecah amanah & sebagainya. Mereka akan mengadap mangsa memberikan janji. Kemudian mereka akan melantik pihak ketiga yang syaratnya tahan maki untuk menjadi tukang jawab, dalam senyap mereka akan pindah milik syarikat mereka pada tukang jawab tadi (sebenarnya kroni mereka). Mangsa akan bingung. Nak bedal tukang jawab tu dia kata baru ambil alih syarikat. Nak saman CEO lama , dia kata dah Jual company tu pada Si tukang jawab. (Boleh jer Kalau nak saman, Tapi Satu kerja bodoh nak saman scammer, ingat duit dia nak simpan kat Akaun dia ke ?) haha. Dia peduli apa pon, habis2 pon bankruptcy jer, Tak tercalar tangan pon.

14. Dengan duit yang banyak , masa ni perlu tabur bayar bodyguard jaga keliling takut kena bedal. Bila dah nampak reda. Pecat la semua bodyguard tu , tinggalkan Satu dua jer Sebab duit dah nak habis.

15. Dah orang lupa, buat lagi program lain pulak. Kahkahkah.

3 Replies to “Hati-Hati Dengan Taktik Scammer Jika Anda Ingin Merancang Untuk Membeli Rumah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *