Hentikan ‘Hisap Rokok’ Jika Anda Ingin Pasangan Anda Hamil.Ini Kesan Buruk Merokok Terhadap Kesuburan Lelaki

Hamil merupakan perkara yang paling menggembirakan untuk pasangan baru menikah. Kehadiran orang baru pasti ditunggu-tungu. Buktinya? Persiapan awal seperti tilam, baju, ubat-ubatan bayi bahkan nama pastinya disediakan. Namun begitu, terdapat perkara yang perlu anda pertimbangkan jika merancang untuk hamil. Terutamanya kaum Bapa. Ini adalah berkaitan dengan tabiat merokok.

Merokok perlu dihindari. Hal ini kerana perbuatan merokok menyebabkan ketidaksuburan kepada lelaki dan menyebabkan pasangan sukar untuk hamil. Ini merupakan 8 kesan merokok kepada kesuburan lelaki.

8 KESAN MEROKOK KEPADA KESUBURAN LELAKI

  • Jumlah air mani dan bilangan sperma berkurang sebanyak 20 peratus.
  • Mengurangkan keupayaan sperma untuk berenang ke arah ovum wanita sebanyak 10 peratus.
  • Kelajuan dan keaktifan sperma berkurang lalu menyebabkan sperma menjadi lembab.
  • Mengurangkan jumlah sperma yang berbentuk normal!
  • Kecacatan sperma bertambah. Hal ini termasuk insiden coiled sperm (ekor sperma tersimpul antara satu sama lain) di samping bermacam kecacatan lain.
  • Kerosakan DNA pada sperma sehingga menghalang proses persenyawaan.
  • Racun termasuk nikotin dalam rokok menyebabkan paras hormon pituitari menjadi tidak seimbang sehingga penghasilan hormon seks terjejas dan pembentukan sperma terganggu.
  • Bahan kimia dalam rokok mengurangkan nutrien penting dalam air mani termasuk ascorbic acid, zink, kuprum, superoxide dismutase dan lain-lain.

 

Be the first to comment on "Hentikan ‘Hisap Rokok’ Jika Anda Ingin Pasangan Anda Hamil.Ini Kesan Buruk Merokok Terhadap Kesuburan Lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*