Info!! Elakkan Meniup Lilin Pada Kek Ketika Menyambut Hari Jadi..

Sambutan hari jadi semestinya tidak lengkap tanpa kek dan lilin. Jika ada lilin dan kek, semestinya acara meniup lilin adalah wajib. Tapi tahukah anda bahawa acara meniup lilin membawa bakteria?

Kajian mendapati bahawa kek yang telah ditiup lilinnya mempunyai bilangan bakteria sanggat tinggi sehingga meningkat kepada 1,400%? Kajian juga mendapati kek yang telah ditiup lilinnya mempunyai 15 kali ganda lebih bakteria berbanding kek yang lilinnya tidak ditiup.

Menurut kajian, bakteria tersebut dibawa oleh orang meniup lilin tersebut.

Menurut Profesor Paul Dawson dari Clemson University South Carolina, walaupun kek tersebut telah disaluti bakteria, ia tidak membahayakan malah anda juga tidak akan terkena irit-birit kerana bakteria itu bukanlah berbahaya seperti E. coli, salmonella ataupun campylobacter.

 

Walau bagaimanapun, anda masih harus berhati-hati kerana kek itu mungkin dapat menyebarkan penyakit bawaan angin seperti demam selesema.

Jadi, kalau dah nampak birthday boy/girl tidak begitu sihat, elakkan makan kek itu ya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *