Ingin tahu Keadaan Bateri Kereta Anda? Pasanglah Voltmeter!

Bateri merupakan komponen terpenting untuk menghidupkan kereta anda. Tanpanya, anda akan bermasalah dipagi hari, lebih teruk apabila anda terkejar masa untuk pergi ke kerja. Bateri terbahagi kepada dua jenis iaitu sel kering dan sel basah. Sel kering terkenal dengan Free Maintenance dan kebiasannya , kereta baru anda menggunakan bateri jenis ini.

Voltmeter?

Voltmeter merupakan pengukur voltan bateri anda.

Mengenai voltmeter.

  • Sesetengah kenderaan memang sedia ada terpasang dalam kenderaan. Terutamanya kereta lama.
  • Jika belum ada pasanglah voltmeter. Voltmeter ada jenis yang direct wiring ke bateri, dan ada juga cuma perlu plug ke pencucuh rokok.
  • Pemasangan volt meter adalah satu cara yang paling wajar sebabnya kita boleh pantau selalu volt meter ni. Jadi dapatlah kita tahu lebih awal sama ada alternator berfungsi dengan baik dan memberi charge yang mencukupi.
  • Charge yang normal kalau tak di on switch lampu , wiper dan sebagainya adalah sekitar 13.5 – 14.5 volt.
  • Kalau jarum voltage meter yang kurang dari 12 volt atau melebihi 15 volt menandakan bahawa alternator rosak dan perlu di perbaiki 
  • Kalau jarum Voltage meter terlebih Contohnya kalau overcharge selalunya indicator light bateri takkan menyala. Kalau sesiapa guna bateri jenis basah, bateri akan terlebih cas dan boleh meletup..

Sumber : nsocm

 

Contoh gambar pengukur voltan bateri

Contoh voltmeter yang dipasang direct bateri

Contoh plug anda play. Boleh dapatkan di Servay (Rm 15)

Contoh multimeter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *