Ini Dia Tokan Dadah Yang Jual Dadah Kepada Budak Bakar Tahfiz.. Pengedar Dadah Yang Menjual Dadah Tanpa Mengenal Umur..

Suspek yang lebih dikenali sebagai “Dewali Keramat” berusia 32 tahun kini telah ditahan dalam operasi Op khas Narkotik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik. Suspek dikatakan menjadi pengedar dadah tegar di kawasan Keramat tanpa mengira umur pembeli.

Siasatan lanjut terhadap Dewali Keramat akan dijalankan bagi mengesahkan samada suspek turut terlibat dalam kes membakar Darul Quran Ittifaqiyah.

Ketika serbuan dijalankan, suspek sedang membaiki motor di belakang rumah. Sebaik menyedari kehadiran polis, Dewali Keramat cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya.

Ketika tangkapan dijalankan, pihak polis mendapati dadah yang dipercai pil kuda dan kini suspek direman selama 7 hari mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan.  Dewali Keramat mempunyai 4 rekod kesalahan lampau serta ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.

Kenyataan Media Anti Dadah Kebangsaan bertarikh 18 September 2017

Sumber: fb page aadk kl

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *