Inilah Kesan Bahaya Akan Terjadi Kepada Wanita Yang Tak Cukup Tidur

Ramai yang tak mengambil tahu kesan akan terjadi pada diri sekiranya tak cukup tidur, ini sering terjadi terutamanya kaum wanita . Mulai sekarang ubah diri anda untuk kearah hidup yang sihat dan menjaga waktu tidur bagi kebaikan sendiri. Jom ketahui akibat orang yang tidak cukup tidur.

 

1. Nampak tua

Inilah kesan utama kalau tak cukup tidur. Bab ini wanita memang cukup takut, tapi masih ramai yang buat. Sanggup berjaga malam  dan hasilnya kulit cepat berkedut dan kusam.

 

2. Mudak gemuk

Tanpa perasan berat badan boleh naik dengan mendadak, ini sebab bila dah asyik berjaga sampai lewat malam kadang perut juga harus diisi sebab rasa lapar. Mana yang jenis suka makan lewat malam tu memang bahaya bagi kesihatan diri. Sebab tu ada masa yang baik untuk kita makan.

 

3. Cepat lupa

Jangan ingat umur masih muda ingatan masih kuat. Kalau ada jenis yang sukar untuk tidur dan lepak sampai pagi, tak peliklah kalau ingatan seseorang itu mudah lupa. ini akan mengakibatkan daya ingatan tidak lagi kuat bagi memikir sesuatu perkara.

 

4. Emosi kelaut

Kalau tak cukup tidur, esoknya mesti murung. Badan terasa penat dan perasaan cepat marah itu mudah terjadi. Sebab otak tidak berfungsi dengan lebih baik dan cenderung bertindak melulu tanpa berfikir panjang.

 

5. Kemalangan

Bila dah tak cukup tidur memang sangat bahaya untuk memandu kenderaan. sebab tu kita perlu bijak sebagai pemandu agar perkara begini tidak terjadi. Kemalangan boleh terjadi apabila kita terlelap ketika memandu sebab kurang tidur. Ubah diri anda kerana anda mampu mengubahnya.

baca disini : Dituduh berzina kandungan lebih seminggu dari tarikh nikah – Ini sebab suami perlu belajar ilmu fiqh.

6. Hilang nafsu

Untuk yang berumah tangga elekkan juga perkara begini. Bila da tak cukup rehat, mana nak datangnya nafsu. Nak buka mata pun dah tak mampu. Silap-silap si dia boleh tawar hati dan pendam perasaan yang tak baik. Kalau dah kerap benda ini terjadi boleh gaduh dalam rumahtangga, silap-silap cari lain baru terfikir.

7. Cari penyakit

Pelbagai penyakit yang singgah tanpa kita sedar bila kita kerap amal tidur lewat. Salah satu penyakit bahaya ialah darah tinggi. Jika kita sayangkan diri kita uabah sikap ini mulai sekarang, bukan nak tunggu penyakit itu datang baru pula kita sedar bahawa tidur lewat dan kurang tidur ini kesannya memang bahaya.  Kebaikkan jika kita tidak amalkan kurang tidur ini buka hanya mencantikkan tetapi demi keselamatan dan kesihatan juga. semoga dapat mengubah segalanya.

One Reply to “Inilah Kesan Bahaya Akan Terjadi Kepada Wanita Yang Tak Cukup Tidur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *