Inilah Satu-satunya Sekolah Paling Sunyi Di Malaysia

BAGAN DATUK, 3 Jan -- Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak menerima kemasukan seorang murid tahun satu dan seorang murid tahun lima pada sesi persekolahan 2017. Kelihatan murid tahun satu Dhia Sofea Mohd Redzwan, 7, pada perhimpunan pagi sempena hari pertama persekolahan hari ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

Seperti yang kita tahu, setiap sekolah mempunyai ramai pelajar dan juga mempunyai ramai guru. Hal ini tidak akan membuatkan sesebuah sekolah itu terasa sunyi bila mempunyai ramai pelajar serta guru yang ada. Namun berbeza dengan sebuah sekolah ini yang memang terasa sunyi setiap tahun.

 

Sekolah kebangsaan Tebing Rebak yang terletak di Bagan Datoh merupakan sebuah sekolah yang unik di negara kita. Uniknya sekolah ini adalah kerana dari dulu, SK Tebing Rebak mempunyai jumlah pelajar mendaftar yang amat sedikit. Sesi persekolahan pada tahun 2017, SK Tebing Rebak hanya mempunyai 2 orang pelajar. Seorang Darjah lima dan seorang lagi baru mendaftar bagi tahun 1.

 

Menurut Guru Besar sekolah tersebut, Puan Azmah Zakaria, bagi sesi 2017, memang tidak ada pelajar lain mendaftar bagi tahu dua,tiga,empat dan enam. SK Tebing Rebak yang sudah beroperasi sejak tahun 1950 kini tetap meneruskan persekolahan seperti biasa dengan 2 orang pelajar, empat orang guru dan seorang guru besar.

 

Sejarah sekolah ini semasa zaman kegemilangannya mempunyai hampir 200 orang pelajar mendaftar. Namun selepas pembukaan sekolah-sekolah yang lain, berlaku penurunan yang sangat ketara bagi pelajar yang ingin mendaftar di SK Tebing Rebak.

 

( Gambar Hari pertama persekolahan pada tahun 2013 )

 

Walaupun dengan jumlah murid yang sangat minima, acara-acara sekolah tetap diadakan seperti sekolah-sekolah yang lain dengan penyertaan penduduk kampung. Selain itu, sekolah ini lengkap dari segi kemudahan komputer dengan capaian internet, projek makanan tambahan dan bantuan-bantuan dari kementerian pendidikan.

 

Menurut dua orang pelajar yang tinggal, walaupun sedikit sunyi, perhatian yang mereka dapat daripada 5 guru termasuk guru besar membuatkan mereka lebih mudah belajar.

 

” Saya belajar macam-macam dari cikgu. sangat menyeronokkan. Tiada apa saya belajar seorang dalam kelas, petang boleh jumpa kawan juga di sekolah agama,” Kata Dhia Sofea pelajar tahun satu, yang menyimpan cita-cita mahu menjadi seorang doktor.

Be the first to comment on "Inilah Satu-satunya Sekolah Paling Sunyi Di Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*