Inilah Sebab Kita Disunahkan Menjilat Jari Selepas Makan – SUBHANAALAH !

Pelbagai sunah Rasulullah S.A.W yang kita tahu, diantara sunah Rasulullah adalah makan menggunakan tangan kanan. Rasulullah memakan makanan menggunakan tiga jari dan menjilat ketriga-tiga jari sebelum membersihkannya. Bila ada satu suapan yang terjatuh dari tagan Rasulullah, beliau tidak akan meninggalkan makanan tersebut, melainkan dari tanah, lalu membersihkannya dan memakannya.

 

Sabda Rasulullah : Jika satu suapan makanan salah seorang diantara kamu jatuh, ambillah dan bersihkan kotorannya, jangan biarkan untuk syaitan. Jangan membersihkan tangan dengan sapu tangan, namun jilatlah jari-jari tersebut kerana kita tidak mengetahui dimana terletaknya atau dibahagian mana terletaknya keberkahan. (HR Muslim).

 

Rasulullah selalu makan dengan ketiga tiga jarinya. Setelah selesai makan, Rasulullah pun menjilat ketiga jarinya itu. (HR Muslim).

 

Ji ka kita fikirkan makan menggunakan tiga jari mungkin tidak akan selesa dan amat merumitkan apatah lagi menjilatnya.

 

Untuk orang yang mewah dan berada, mereka akan merasa menggunakan tiga jari untuk makan  adalah satu beban apabila masa makan dan mereka juga akan rasa geli untuk menjilat jari-jari ketika selepas makan serta ada juga yang beranggapan bahawa makanan yang dimakan tidak mencukupi.

 

Apakah tidak boleh menggunakan empat atau lima jari untuk makan? Sebenarnya tidak harus untuk makan menggunakan tiga jari saja, Makan menggunakan lebih dari tiga jari itu diperbolehkan jika makanan itu mengandun gi kuah atau sejenis makanan yang tidak mungkin dimakan dengan tiga jari.

 

Hikmah makan menggunakan jari tangan. Imam Ghazali, dalam kitab ihya’ Ulumiddinnya, menjelaskan, ” aktiviti makan itu dapat dilihat dari 4 sisi, iaitu makan dengan menggunakan satu jari dapat menghindarkan seseorang dari sifat yang marah. Dengan menggunakan dua jari akan menghindarkan dari sifat yang sombong, makan dengan tiga jari akan menghindari dari sifat lupa dan makan empat atau lima jari dapat menghindari dari sifat yang rakus.

 

Mengapa Rasulullah menggunakan tiga jari?  Sesungguhnya makan tiga jari itu akan membuat setiap orang dapat mengukur kuantiti yang dimakan untuk dirinya.

 

Ia juga dapat menjadikan setiap suapan yang masuk ke dalam mulut dapat dikunyah dan bercampur dengan air denagan baik sehingga kita tidak akan mengalami gangguan percenaan.

 

Fakta berikutnya, Makan dengan menggunakan tangan ternyata boleh lebih sihat daripada makan dengan suduh. Mengapa boleh terjadi sedemikian, padahal kalau difikirkan sama juga makanan masuk kedalam mulut. Hal ini kerana pada tangan kita terdapat enzim, yakni enzim Rnase yang dapat menurunkan aktiviti bakteria-bakteria patogen yang ada pada tangan kita ketika kita makan.

 

Enzim RNase terutamanya dihasilkan oleh tiga jari tangan kita iaitu ( ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah ). Dengan makan menggunakan tiga jari tersebut  – Seperti yang diajarkan oleh Rasulullah – Bakteria yang terdapat pada makanan yang masuk ke dalam sistem percernaan akan diikat oleh enzim tersebut.

 

SubhanAllah, ternyata Alllah telah memberikan alat makan yang paling sempurna yang mana kita tidak tahu sebelum ini. Tidak salah bagi kita makan menggunakan sudu namun pahala itu tiada dan zat enzim  juga tiada dalam makanan ketika kita makan.

 

Wallahualam….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *