Jadual Karnival Pendidikan Mara 2018 Tarikh/Lokasi

Berminat untuk melanjutkan pelajaran dam bidang yang diminati?Berita baik kepada semua calon yang berminat. Karnival Pendidikan Mara akan diadakan di 6 lokasi berbeza pada bulan Mac ini.Karnival ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan dan latihan yang disediakan oleh institut pengajian awam dan swasta diseluruh Malaysia. Jadual Karnival Pendidikan Mara 2018 boleh disemak disini. Pelajar lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi digalakkan untuk menyertai Karnival ini. Anda boleh membuat pilihan sesuai dengan kelayakan anda sekaligus dapat merancang masa depan anda dengan lebih cepat.

Jadual Karnival Pendidikan Mara 2018

Berikut dikongsikan jadual Pendidikan Mara 2018. Terdapat pelbagai aktiviti yang akan diadakan pada tarikh tersebut. Antara aktiviti tersebut adalah :

1.Kaunseling Pendidikan dan Kerjaya.

2. Yuran percuma untuk IPMa yang terpilih.

3. Permohonan terus dan temuduga terbuka.

4. Semakan baki pinjaman Mara.

Selain itu, bagi wakil institut yang berminat untuk menyertai sebagai pempamer. Anda sangat dialu-alukan.  Berikut merupakan jadual Karnival Pendidikan Mara 2018 :

ZON TENGAH KUALA LUMPUR : 10-11 Mac 2018 di Lobi Medan MARA, Lobi Busana MARA dan Hotel Premiera Aras 6, Kuala Lumpur.

ZON TIMUR TERENGGANU : 14-15 Mac 2018 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

ZON SELATAN  JOHOR : 17-18 Mac 2018 di Plaza Angsana, Johor Bahru

ZON SARAWAK : 17-18 Mac 2018 di The Hills Shopping Mall, Kuching, Sarawak

ZON UTARA KEDAH : 21-22 Mac 2018 di Dewan Kenangan MPSP, Sungai Petani

ZON SABAH : 24-25 Mac 2018 di Centre Point Sabah, Kota Kinabalu

Jadual Karnival Pendidikan Mara 2018

Semoga artikel pada kali ini membantu anda untuk mengikuti karnival yang bakal diadakan pada bulan Mac ini nanti. Jangan lepaskan peluang uuntuk menyertainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *