Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2018

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2018

Jadual pembayaran gaji penjawat awam 2018. Gaji merupakan hari yang ditunggu-tunggu terutama bagi mereka yang bekerja makan gaji. Perancangan gaji yang baik membolehkan anda bernafas dengan lega sepanjang bulan tanpa perlu meminjam daripada sahabat handai dan keluarga terdekat anda. Salah satu cara untuk memastikan gaji anda sentiasa cukup adalah dengan tidak berhutang dengan mana-mana bank dan institusi kewangan yang lain, terutama ah long. Artikel pada kali ini akan berkongsi kepada anda jadual pembayaran gaji untuk penjawat awam sepanjang tahun 2018. Selamat Merancang!

Semakan Penyata Gaji : Semakan Gaji Online

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2018

Berikut merupakan Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2018

  • Januari – 25hb (Khamis)
  • Februari – 8hb (Khamis)
  • Mac – 22hb (Khamis)
  • April – 25hb (Rabu)
  • Mei – 24hb (Khamis)
  • Jun – 7hb (Khamis)
  • Julai – 25hb (Rabu)
  • Ogos – 14hb (Selasa)
  • September – 25hb (Selasa)
  • Oktober – 25hb (Khamis)
  • November – 22hb (Khamis)
  • Disember – 24hb (Isnin)

Baca juga : Amalan Elak Sengkek di Akhir Bulan

Tips Mengurus Gaji :

1.   Simpan 10% daripada gaji.

Hari pertama anda mendapat gaji. asingkan 10 peratus daripada gaji anda ke akaun simpanan yang susah untuk dikeluarkan seperti ASb dan Tabung Haji. Jika anda berminat untuk membeli emas, penulis sarankan anda untuk menyertai program GAP Public Gold.

Setelah simpan, barulah anda uruskan gaji anda untuk perbelanjaan lainnya.

Amalan ini jika dilihat secara bulanan, tentulah nampak kecil namun jika anda berdisiplin untuk 5 tahu, tentulah besar faedahnya untuk anda. Selamat Mencuba!

 

2.   Mempunyai perancangan kewangan yang jelas

Perancangan kewangan yang jelas amat penting untuk mengelakkan daripada gaji anda terpakai kepada perkara yang tidak sepatutnya.

 

Bahagikan komitmen bulanan anda seperti ini :

Sebagai contoh, jika gaji bulanan anda RM 2000

Simpanan (10%) RM 200
Sewa rumah RM 300
Ansuran kereta RM 300
Bil elektrik/air RM 100
Makan minum RM 400
Sedekah RM 100
Ibu Bapa RM 200
Nafkah isteri /keluarga RM 300
Lain-lain (minyak, tol, sosial, luar jangka) RM 100

JUMLAH RM 2000

Dengan perancangan ini, anda akan tahu ke mana wang anda disalurkan.

 

3.   Belanja mengikut keperluan bukan ikut kemahuan.

Tips ini memerlukan anda berfikir secara rasional. Ini kerana anda perlu berperang dengan nafsu anda.

Sebagai contoh:

Secara tiba-tiba, anda teringin makan KFC

Secara tiba-tiba, anda teringin melancong

Secara tiba-tiba, anda teringin membeli rim baru.

 

Pastikan adnda mengetatkan talipinggang anda untuk mengurangkan nafsu membeli anda.

 

 

 

4.   Amalkan menderma

Bersedekahlah, anda akan kaya. Peruntukkan sebahagian gaji anda untuk didermakan kepada yang memerlukan.

Mulakan dari sedikit dan berterusan.

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2018

Semoga artikel ini membantu anda untuk membuat perancangan gaji untuk bertahan dimasa kritikal.

Baca Juga : Bajet 2018 : Berita Gembira Untuk Penjawat Awam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *