Jika Kereta Anda Dilanggar Daripada Belakang, Anda Cuma Perlu Buat Benda Ni Untuk Dapatkan Insurans Kereta Anda.

  1. Jika kereta anda dilanggar dari belakang, anda perlu sedikit bertenang walaupun perasan marah tu memang sangat tinggi supaya memudahkan perbincangan.
  2. Selepas dilanggar, pasangkan lampu kecemasan. Jika keadan lalulintas tidak sesak ambil gambar semasa kejadian dahulu kemudian berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat.
  3. Selepas kereta diletakkan pada kawasan yang tidak menganggu lalulintas, ambil kamera atau telefon bimbit anda dan ambil gambar kejadian. Supaya tidak mengeruhkan lagi keadan, jangan bawa keluar benda-benda seperti kayu besbol, parang atau stering lock kereta untuk berbincang dengan orang yang melanggar. sebarang tindakan yang diangap berbahaya boleh membuatkan anda dituduh untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.
  4. Pastikan anda mengambil beberaa keping gambar seperti:
  • nombor plat kenderaan yang melanggar anda
  • keadan kedua-dua kereta selepas perlangaran
  • cukai jalan kenderaan
  • general view perlangaran
  • kerosakan yang dialami oleh kenderaan anda
  1. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kawal emosi anda dan janganlah terus memaki hamun kepada pemandu tersebut.
  2. Tanya kepada pemandu mengapa dia melanggar kereta anda. Dalam situasi ini sememangnya akan ada tuduh menuduh siapa yang salah. Jika keadan sudah terkawal, minta kebenaran untuk melihat kad pengenalan serta lesen memandu pemandu tersebut. Jika dibenarkan ambil gambar sekali.
  3. Terdapat 2 senario yang bakal berlaku iaitu
  • nak setel luar
  • Dan kalau si pemandu masih berkeras juga pangil polis traffic untuk menyiasat punca kemalangan.
  1. Bagi kes yang nak setel luar, adalah dinasihatkan untuk terus membawa si pemandu yang melanggar anda ke bengkel untuk menilai berapakah kos pembaikan kenderaan anda. Kalau boleh terus ke bengkel kerana lebih cepat lebih bagus.
  2. jangan lupa ambil nombor telefonataupun bisnes card supaya anda senang menghubunginya nanti untuk urusan.
  3. Jika si pemandu hendak membuat tuntutan insurans, sila panggil polis traffic atau buat laporan di balai polis berdekatan untuk mengambil keterangan.
  4. Setelah keterangan diambil, pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kenderaan yang langgar kereta anda tadi.
  5. Pergi ke panel syarikat insurans tersebut dan minta 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

 

Be the first to comment on "Jika Kereta Anda Dilanggar Daripada Belakang, Anda Cuma Perlu Buat Benda Ni Untuk Dapatkan Insurans Kereta Anda."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*