Jual Beli Kereta Gunakan Bitcoin? Proton Gantung Operasi Satu Pusat Jualan.

Satu gambar telah tular di media sosial menyatakan bahawa pelanggan boleh memiliki kereta Proton menggunakan Bitcoin atau Ethereum di salah sebuah pusat Jualan Proton di Seri Kembangan, Selangor. Setelah tular, operasi pusat jualan tersebut digantung sementara siasatan lanjut dilakukan.

Proton sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf transaksi ataupun tawaran penggunaan Bitcoin untuk mana-mana model kenderaanya.

Ini menunjukkan bahawa bitcoin belum boleh diterima pakai untuk mana-mana transaksi jual beli. Namun, masih banyak orang yang memburu untuk membeli bitcoin walaupun berisiko untuk ‘bubble’.

Dinasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dengan matawang crypto yang tidak terjamin pada masa depan kerana berisiko akan hilang secara tiba-tiba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *