Kadar Dividen ASB 2017 Pembayaran 2018

kadar dividen asb 2017

Amanah Saham Berhad (ASB) merupakan satu simpanan yang tidak perlu diperkenalkan kepada masyarakat. ASB merupakan satu bentuk simpanan, pada masa yang sama merupakan pelaburan yang sangat bagus untuk jangka masa yang panjang. Ini kerana kadar dividen asb 2017 tahunan yang diberikan tinggi berbanding institusi perbankan yang lain. Sehingga kini, ASNB menawarkan 10 produk unit amanah iaitu ASB, ASB2, ASW 2020, ASM,  AS1M, ASD, ASN, ASN2, ASN3 dan ASG serta 2 instrumen perwarisan iaitu Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah.

Kadar Dividen ASB 2017

Hujung tahun makin dekat, ini bermakna para penyimpan/pelabur dalam ASB tentu ternanti-nanti kadar dividen yang diterima. Ini kerana dengan kadar dividen yang tinggi, tentulah anda akan gembira dengan jumlah simpanan yang akan berganda. Berikut merupakan kadar Dividen ASB dalam tempoh 10 tahun :

  • Tahun 2016: 6.75 + 0.5 bonus
  • Terkini 2015 :  7.25 + 0.5
  • Tahun 2014 : 7.50 + 1.00
  • Tahun 2013 : 7.70 + 1.00
  • Tahun 2012 : 7.75 + 1.15
  • Tahun 2011 : 7.65 + 1.15
  • Tahun 2010 : 7.50 + 1.25
  • Tahun 2009 : 7.30 + 1.25
  • Tahun 2008 : 7.00 + 1.75
  • Tahun 2007 : 8.00 + 1.00
  • Tahun 2006 : 7.30 + 1.25

Tarikh Pembayaran ASB 2017

Pada kebiasaannya, dividen akan dikreditkan kedalam akaun para penyimpan. Tarikh pembayaran biasanya akan dibuat pada bulan Januari 2018. Anda boleh mengeluarkannya pada tarikh yang sama namun anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya pada hari yang sama kerana kaunter ASB akan menghadapi kesibukan yang luar biasa.

Hukum Pelaburan Dalam ASN, ASB dan seumpamanya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ke-80 . Bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah memutuskan bahawa :

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

 

Penangguhan Urus Niaga ASB

Mengikut pengumuman yang dibuat di sini, penangguhan urus niaga ASB akan bermula pada 20 Disember 2017 sehingga 1 Januari 2018. Penangguhan ini bertujuan untuk mengira pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017. Urus niaga akan dibuka semula pada 2 Januari 2018.

Kadar Dividen ASB 2017

Semoga artikel ini membantu para penyimpan untuk merancang simpanan anda. Kemaskini berkenaan kadar dividen 2017 akan dibut dari semasa ke semasa.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *